KETAM GORENG TELUR MASIN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Selamat Hari Polis yang ke-206 buat semua anggota polis seluruh Malaysia…sambutan pada kali ni bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'…nak mengetahui lebih lanjut sila la ke laman FB PDRM…disitu terdapat beberapa gambar sempena hari polis hari ni…termasuk la gambar balu wira2 negara yang gugur serta banyak lagi gambar2 yang menarik terdapat di situ…


Dikesempatan ini juga QH ingin mengucapkan TAHNIAH kepada blogger kak Amie@Amie’s Little Kitchen yang mendapat cahayamata baru seorang putera pada 22 Mac 2013 hari tu…tak sangka dalam pada sibuk2 kongsikan resepi di blog rupanya empunya diri sedang berbadan dua selama ni…selamat berpantang dan lepas ni boleh la kongsikan menu berpantang pula yer kak…hehehe…



Baik la hari ni QH nak kongsikan salah satu resepi yang terdapat di dalam majalah Aroma bulan Mac 2013 baru2 ni…di dalam majalah Aroma tersebut QH kongsikan 8 jenis resepi…4 resepi yang tersedia ade di blog…manakala 4 lagi resepi adalah resepi baru…jadi resepi2 tu nanti akan QH kongsikan di sini yer…dari masa ke semasa yer…cewahhhh…hehehe…



Resepi yang nak dikongsikan hari ni adalah Ketam Goreng Telur Masin…resepi ni QH ambil dari blog Kak Zila@zila4ever...memang terbaik dan sedap la resepi ni…dah banyak dah QH masak menu ni…ianya menjadi menu kegemaran hubby QH…cara masakannya pon mudah dan simple…tapi rasanya yang manis dan masin2 beserta ade sedikit rasa butter tu yang membuatnya betul2 sedap…lauk ini jugak sedap dimakan begitu saje tanpa nasi…pasti nak lagi dan lagi…jadi boleh la kawan2 yang lain cuba pula yer…terima kasih Kak Zila sudi berkongsi resepi ni…resepi di bawah ni ade terdapat sedikit olahan dan mengikut selera kami...



ketam goreng telur masin
Bahan-bahan:-
·                     3 ekor ketam bunga
·                     10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
·                     2 tangkai daun kari
·                     3 sudu besar butter
·                     5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
·                     2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah) 
·                     1 sudu kecil gula
·                     3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
·                     2 biji bawang putih - di ketuk
·                     3 sudu besar tepung jagung
·                     garam
·                     serbuk lada sulah secukupnya
·                     minyak masak untuk menggoreng

Caranya
1.        rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2.        bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3.        goreng deep fried - asingkan
4.        panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5.        masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6.        Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya. (susu QH gantikan dengan santan)
7.        Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.


Tags:

Share:

29 comments