KEK AISKRIM


 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Dimusim panas sekarang ni…tekak ni tak henti2 untuk meminta makanan dan minuman yang sejuk2kan…kalau di KL ni memang terasa terik panasnya tu…jadi dah kebetulan tu…ape kata hari ni kita berjamu mata dengan hidangan sejuk pula…jangan marah ekkk…hehehe…kali ni QH mencuba untuk buat kek aiskrim pula…memang dah lama menyimpan hasrat untuk membuat kek aiskrim ni…dari awal tahun lepas lagi nak buat…tapi baru sekarang ni ianya tertunai…aiskrim pon entah dah berapa kali beli dah…sudahnya habis dimakan begitu saje…hehehe…


Sedang hati tengah berbunga2 waktu itu dan stok aiskrim kebetulan baru dibeli…seperti biasa QH akan mengadap dulu komputer untuk mencari resepi yang sesuai dan senang untuk dicuba…mungkin orang kata dah rezeki tu…ia ker statement ni…hihihi…kebetulan masa tu QH terbuka FB sekali dan terus terpandang gambar kek yang baru diposkan oleh salah sorang kawan di FB iaitu Nora Dany Harry…ape lagi terus saje klik gambar tersebut dan terdapat resepi sekali dibawahnya…QH baca dan tengok senarai bahan tersebut…terus terpikat…pastu ade la QH tanya2 sikit kat empunya resepi tu...QH putuskan nak cuba resepi ni…ape tidaknya…kek yang dipos tu memang gebu dan bahan pon sangat2 senang…terima kasih yer Nora kek ni memang sedap, lembut dan gebu!!


Dalam pada senang2 tu…rupanya tepung yang QH nak gunakan tu dah tarikh luput la pula…sambung lagi sekali mengadap komputer mencari kot2 ade cara buat tepung sendiri pula…rezeki sekali lagi…memang ade!!! Alhamdulillah…selamat duit…hehehe…sebab kalau ke bakery yang konon hanya nak membeli tepung naik sendiri tu…silap2 barang2 lain pon akan naik sendiri ke dalam bakul kat bakery tu…kan dah membazir tu kan kan…hahaha…jadi QH cuba juga buat tepung naik sendiri tu yang QH ambil dari blog KakRogayah@Dari Dapur Kak Yah tu…senang je nak buat tepung tu rupanya…bahan2 memang cukup tersedia stoknya kat rumah…terima kasih yer kak…berkongsi ilmu tu…memang sangat2 membantu dan kek yang dihasilkan tu memang lembut dan gebu…lepas ni tak perlu beli dah tepung naik sendiri tu lagi… 


Pada yang ingin mencuba buat pula kek aiskrim ni…sila la ikut resepi dan cara yang dah QH sediakan tu yer…jika ade yang berminat untuk menempah…sila jangan malu untuk berbuat demikian ye…harga boleh dirunding ^__^

Tepung naik sendiri

Bahan2
500gm tepung gandum
7  sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Caranya
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kalidan dah siap tepung naik sendiri.
Bolah simpan dalam bekas bertutup dan bila nak guna bolehlah guna tanpa was-was.


KEK OREN

Bahan2
180 gram mentega
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus
3 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
4 sudu besar susu cair 
paste oren (kalau suke perisa lain,leh tukar ye)

Caranya
1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser loyang dengan mentega, 2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur putih satu persatu,kemudian msk telur kuning dan putar hingga gebu. Masukkan susu cair & paste oren 3. Pada kelajuan sederhana @ kacau dgn spatula, masukkan tepung Putar rata. Ketepikan. .kemudian masuk kan kedalam loyang yg dah di lenser dgn mentega....masak dlm 50minit......:) selamat mencuba yekk resepi nora ni...:) (nora buh coklat rice dalam adunan tu...kalau nak xbuh pun xpa)
2. Cara QH pula…adunan kek tersebut QH bahagiakan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di bakar di dalam loyang berbentuk bulat dan 1 lagi bahagian di dalam loyang loaf.
3. Selepas itu boleh la dibakar kedua2nya serentak sehingga masak.
4. Sejukkan kek di atas redai.


Cara menyediakan kek aiskrim
1. Apabila kek dah sejuk, boleh la setiap kek tersebut dibahagiakan kepada 2 pula setiap satu dengan menggunakan pemotong khas kek atau pisau atau mengggunakan kaedah benang.
2. Ambil 1 lapisan kek yang bulat bahagian bawah dan letak ke dalam dasar loyang. Selepas itu, letakkan kek yang dipotong empat segi atau memanjang tu disekeliling loyang tersebut.
3. Kemudian boleh la diletakkan aiskrim mengikut citarasa ke dalam kek tersebut sehingga penuh dan rata.
4. Tutup bahagian atasnya dengan lapisan pertama kek berbentuk bulat tadi. Simpan di dalam freezer selama 2 jam atau semalaman. Sebelum menyimpan kek ke dalam freezer, pastikan kek tersebut dibalut dahulu dengan menggunakan plastic wrap.
5. Selepas itu boleh disalutkan kek tersebut dengan menggunakan fresh cream.


Untuk creamnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kali ni QH memilih perasa coklat pula. Untuk ni tak payah diwarnakan sebab memang dah tersedia warna dan perasa coklat tu. Untuk kek aiskrim QH rasa menggunakan FC memang sesuai dibandingkan menggunakan buttercream. Sebab kek ni perlu disimpan dalam freezer dan FC pula memang perlu sejuk. Jika menggunakan buttercream ianya akan keras dan mungkin juga akan merekah jika terlalu sejuk dan lama di dalam freezer.

Sukatannya untuk FC ni pula adalah 2 cawan non dairy whipping cream.

Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau terbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.

Lepas tu boleh la dilepa kek atas kek keseluruhannya sehingga rata. Untuk deco kek seperti dalam gambar, gunakan spatula atau belakang sudu dan tarik2kan fc tersebut sehingga siap. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.


Tags:

Share:

49 comments