BINGKA CRACKERS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Mari berlintas langsung sekarang dari dapur alam maya Qasey Honey…hihihi…ada2 ajekan...hari ni lewat lagi QH bersiaran…entri ni pon QH siapkan di opis…curi tulang kejap untuk mengupdate blog…tulang siapa tu mari kita fikirkannya bersama2…hihihi…tolong simpan rahsia ni tau…hehehe…lagipon bukan senang nak berpeluang macam ni…jadi gunakan masa yang ade ni dengan sebaik2nya…dari singgah dari meja ke meja dan bercerita itu ini yang akhirnya membawa ke termengumpatkan…baik la berbuat seperti yang QH buat ni ade juga manfaatnya (maaf yer ayat kali ni sila baca betul2) terbelit2 sampai sendiri pon kadang2 tak faham…hahaha…tapi tu la bile dah mengupdate blog kat opis ni…jenuh la pula nak mengangkut lappy ke opis…gaya macam dah seorang executive saje ke opis…hahaha…


Nak tekankan tentang ayat belit2 tadi tu…sebenarnya kadang2 bile QH baca balik entri yang ade ni atau komen2 QH di FB…boleh tergelak besar sendiri tau…bile dibaca semula kadang tu buatkan diri sendiri pon tak faham…entah apa2 ayat yang ditaipnye…memalukan saje…tapi lepas tu tak terfikir dan buat tak geti la pula nak betulkan semula…penyedap hati berkata yang lepas tu biarla…hehehe…maksud QH disini ape yang ingin kita luahkan dan sampaikan tu tak sama dengan ape yang ditaipkan sebenarnya…rasanye semua pon kadang2 terkena juga kot symptom begitu…dalam hati lain ayat yang ingin kita lontarkan tapi bile taip ade pula ayat yang tertinggal…itu yang membuatkan ayat tu tak sampai maksudnya dan tergantung…jadi kalau lepas ni ade terjumpa ayat yang mencurigakan tu…faham2 sendiri la yer…hihihi


Baik la…nak curi tulang tak boleh lama2 nanti gaji yang kita dapat tu kurang keberkatannya pula…jadi jom masuk bab resepi pula…kali ni berkongsi resepi kuih Bingka Crackers pula…ramai dah blogger atau kawan2 yang lain sudah mencuba resepi ni…QH ni biase la bab ketinggalan memang selalunya juara…hehehe…kalau ke Google tu taip nama resepi ni….pasti berderet listnya di situ…pelbagai rupa dan bentuk yang dihasilkan mengikut kreativiti masing2…semuanya nampak menyelerakan dan sedap…


Untuk resepi kali ni sumber resepi QH ambil dari blog Kak Yatie@Sinar Kehidupanku…terima kasih yer kak…izinkan QH untuk memanjangkan resepi ni disini pula yer…memang sedap kuih bingka ni…ape yang menariknye ade biskut cracker…pertama kali sebenarnya QH nak berbingka2 ni…biase mak QH la yang buat…yang pasti tang kerak tu yang selalu hilang dulu…lagi la kalau panas2 sedapnya lahaiii…hehehe…kuih bingka ni QH buat dalam bekas silicon bentuk cup tu…senang buat di dalam bekas kecik2 macam tu…tak payah fikir nak potong bagai…keluarkan saje dari acuan dan terus boleh di makan…dahsyatkan…hahaha…dalam adunan ni QH tambah 3 helai daun pandan sebab nak bau pandan yang asli...kemudian tapis dahulu sbelum tuang ke acuan...jika ade yang berminat dengan silicon cup tu boleh la shopping di blog KKida@1001shoppe ni…pasti banyak yang korang akan suka dan berkenan nanti…hihihi…ok sebelum tu pada yang masih lagi mencuba bingka cracker ni…boleh la buat pula yer…pasti menjadi punya dan yang paling penting memang sedap…sangat berbaloi


BINGKA CRACKERS

Bahan-bahan
·                     140 gm biskut cracker (biskut lemak)
·                     85 gm tepung gandum
·                     210 gm gula - Yatie letak 1 cwn – QH ikut ini
·                     3 biji telur
·                     710 ml santan @ susu cair
·                     1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
·                     1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau – QH tambah 3 helai daun pandan dan kisar sekali, pastu tapis
·                     Secubit garam
·                     Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
1.        Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
2.        Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur. (QH masukkan 3 helai daun padan sekali, pastu sebelum tuang ke acuan tapis dahulu)
3.        Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4.        Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
5.        Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
6.        Sejukkan dan potong.


Share:

23 comments