SOTO AYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah kembali kita bertemu semula hari ni…ape khabar semua?? Mudah2an semuanya sihat2 belaka yer…Alhamdulillah juga QH dah selamat sampai ke rumah pada Ahad malam…kepenatan pon masih belum hilang lagi sebenarnya…tapi semalam dah bekerja seperti biase…huhuhu…cuma bos bagi kelonggaran sikit untuk masuk lewat ke pejabat…apalagi gunakan la peluang yang ade tu dengan sebaik2nya la kan…hehehe…bukan senang nak dapat…terima kasih bos!! baru la happy nak buat kerja sebegini lagi di lain hari dan masa nanti…^__^…


Bile ade kesempatan dan masa yang sesuai sebegini dapat la QH menunaikan tanggungjawab untuk meneruskan karya di blog pula…cuma belum ade kesempatan lagi untuk BW dan membalas komen yang indah2 itu…tanggungjawab yang ade sekarang ni membataskan semua itu berlaku seperti dulu…maaf yea semua…insyaAllah QH akan berkunjung balas jugak nanti…tanpa anda tak meriah la blog QH ni…terima kasih juga kerana sudi singgah berkunjung ke sini…sayang anda semua…muah muahhh


Kali ni QH nak kongsikan resepi Soto Ayam pula…sesekali bertukar selera dengan masakan yang simple pula…ermmm ye ker simple…hehehe…dapat menghirup sup yang panas2 tu alangkah sedapnya…hasil resepi kali ni QH skodeng dari blog Kak Yatie@Sinar Kehidupan pula…tertarik sangat dengan resepi ni…ape lagi harus la mencubanya…hihihi…kebanyakkan resepi soto ayam ni lebih kurang sama saje…tetapi tidak salahnya jika ingin mencuba dari sumber yang lain pula kan…


Ternyata ianya memenuhi citarasa QH…sebenarnya dah lama QH tak menikmatinya…lebih suka buat sendiri dari beli di gerai2 yang sedia ade tu…bukan ku tak sudi yer…cuma mungkin banyak lagi pilihan yang lain kot…hehehe…senang saje penyediaan soto ayam ni…sedar2 dah siap…nasi impit QH beli yang segera tu aje…lebih menjimatkan masa dan tenaga…hahaha…terima kasih yer kak Yatie sudi berkongsi resepi ni…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini…jom semak resepinya…selamat mencuba!!!


SOTO AYAM

BAHAN-BAHANNYA
·                     Nasi Impit secukupnya
·                     1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
·                     3 s/b rempah sup/ rempah soto
·                     1 ketul sup bunjut adabi
·                     1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
·                     1 ketul kiub pati ayam
·                     6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
·                     Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
·                     2 biji bwng merah- di hiris
·                     2 ulas bwng putih- di hiris
·                     2 btng serai- di titik
·                     2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
·                     1 biji bawang besar*
·                     5 ulas bawang merah *
·                     3 ulas bawang putih *
·                     1 inci halia *

CARA-CARANYA
1.        Kisar halus bahan yang bertanda *
2.        Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.        Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4.        Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
5.        Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6.        Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7.        Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
8.        Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
·                     1 mangkuk kecil tauge
·                     1/2 cwn kcng tanah- di goreng
·                     1 paket kecil su'un- di goreng
·                     sambal kicap secukupnya
·                     2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
·                     Sedikit bawang goreng
·                     Garam dan sedikit gula

Cara Penyediaan
1.        Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2.        Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...


Sambal Kicap
·                     10 tangkai cili padi merah
·                     15 tangkai cili padi hijau
·                     3 ulas bwng putih-bakar sebentar
·                     1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
·                     2 sudu besar gula
·                     1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
·                     2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya
1.        Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2.        Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3.        Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.


Share:

25 comments