SIAKAP BAKAR TOMYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Setelah 2 hari berlalu…hari ni kita bersua kembali…terima kasih kepada yang sudi singgah ke dapur alam maya ini…terima kasih juga sudi meninggalkan komen2 yang indah2 buat QH…semoga hubungan yang terjalin sesame kita akan terus terjalin dan berkekalan sampai bile2…


Sedang entri ni bersiaran…QH sebenarnya tengah bersiap2 untuk persiapan untuk ‘outstation’ yang pertama bagi tahun 2013…rasanya penat yang lepas tak hilang lagi…dah kembali berpenat lagi hari ni sehingga esok…kali ni tak lama cuma 2hari 1malam saje…tahap kepenatannya dah boleh dibayangkan…sebab majlisnya akan berlangsung esok pagi…jadi petang ni mungkin meninjau tempat dan menyiapkan ape yang patut…


Mengikut taklimat semalam... ‘majlis’ ini akan berlangsung sehingga bulan Februari nanti…tak tahu lagi giliran QH bile pula seterusnya selepas ni…diharapkan nanti ianya tidak mengganggu kelancaran perjalanan blog ni yang baru kembali pulih dan aktif dalam meneruskan perkongsian resepi alam maya ini buat semua…


Bile sebut saje dapur alam maya ni…resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah Ikan Bakar Tomyam…resepinya QH ambil dari blog Kak DJ@DapurKu Sayang…memang sangat berbaloi mencuba resepi ni…memenuhi citarasa QH terutamanya…sebab QH memang peminat ikan bakar!! Jadi dengan terhidangnya ikan bakar tomyam ni dengan nasi panas dah cukup membuka selera…tak perlu lain bagai dah…ini pon sudah mencukupi…pada yang belum dan ingin merasai nikmatnya masakan ni sila la mencuba yea…terima kasih Kak DJ dan empunya resepi ni Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi ni…izinkan QH mengabadikan resepi ni di sini…


Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
1.Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
2.Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dalam oven.
4.Perahkan limau semasa menghidang.

***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan. (QH tak buat yang ni..bahan2 tu semua QH lumurkan terus pada ikan dan bakar)


Tags:

Share:

17 comments