AYAM GORENG BEREMPAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam di seluruh dunia…

Pasti hari ni ramai yang mengambil cuti dan bercutikan…mane tidaknya...jika ambil cuti hari ni bermakna akan merasa la cuti selama 5 hari secara terus meneruskan…boleh la merancang perjalanan bersama keluarga untuk pergi ke mane2 atau peluang yang ade ni dimanfaatkan pulang ke kampong halaman ke kan…semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju serta pulang juga dengan selamat…


Hari ni QH pon tak kerja…kurang sihat…dari semalam asyik duk sok sek2 selsema…tekak pon terasa perit jugak ni…nak ke klinik alahai terasa la beratnya hati…bukan ape tak suka makan ubat…kalau ke klinik sekali pon surat MCnya yang didahulukan bukan ubatnya…sah2 la kan tak makannya sampai kesudah…hihihi…jadi hari ni QH berehat saje la dirumah…sebab bukan senang nak dapat peluang berehat2 sekarang ni…


Sebabnya walaupon kurang sihat…tapi keesokannya QH akan ‘outstation’ jugak ke negeri Perak lagi sampai hari Ahad…takde sape lagi yang boleh gantikan tempat jadi kena pergi jugak la…mudah2an hari Sabtu tu nanti keadaan kesihatan ni dah beransur pulih seperti biase hendaknya…boleh buat kerja tu nanti dengan lancarnya…

Bile dah setiap minggu ‘outstation’ ni…dapur memang tak berasap la kan…jadi jom la kita tengok resepi yang sudah tersedia ade dalam list draft di blog…menu yang cukup ringkas saje kali ni…


Walaupon ringkas tapi tetap sedap dan membuka selera…kali ni resepinya adalah Ayam Goreng Berempah…sesuai dimakan dengan ape saje…nak dimakan begitu saje pon boleh…dihidangkan dengan nasi lemak lagi la kena…tidak pon makan dengan nasi putih pastu makan dengan kicap…wah boleh bertambah nasi kat pinggan tu nanti…hehehe…resepi ni mengikut pilihan sendiri dan yang biase dimasak…jika nak menambah ape yang dirasakan perlu dipersilakan yer…sebab ayam goreng berempah ni ade macam2 resepi…jadi terpulang pada selera sendiri…pada yang berminat untuk mencuba resepinya seperti dibawah yer…selamat mencuba…


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
5 ketul peha ayam
2 sudu besar serbuk kari daging Babas
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu kecil jintan putih biji

Caranya
1. Bersihkan ayam dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Gaul ayam tadi dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian campurkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan bahan2 kisar dan gaul rata. Masukkan perapan ayam tadi ke dalam mangkuk yang bertutup. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
4. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
5. Sebelum mengoreng taburkan perapan ayam tadi dengan tepung gandum dan gaul rata2.
6. Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masak, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang bersama sos kegemaran atau dimakan begitu saje.


Tags:

Share:

19 comments