MUFFIN PISANG COKLAT CIP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Kurang asam betul la kan!!! virus MALWARE ni telah menyerang blog QH pula…susah la macam ni…harus dicegah awal dan cepat2 ni…nanti tak pasal2 sendiri pula yang akan gigit jari nanti bile tengok blog kesayangan hilang terus dari padangan di baham oleh virus yang tidak dijemput tu…virus ni jugak akan menerencatkan blog kita akan dikunjungi oleh rakan2 yang lain…


Jika membuka blog menggunakan google Chrome dan blog tersebut telah dilanda dengan virus ni…akan keluar perkataan seperti di atas tu…jadi jika masih berminat ingin meneruskan dan membaca blog tersebut boleh la klik perkataan ADVANCE tu…nanti akan muncul perkatan ‘Proceed at your own risk…klik ayat tersebut…nanti akan disambungkan terus blog tersebut…setakat itu dulu yang QH ketahui…pasni QH akan minta bantuan hubby untuk tindakan selanjutnya…

Tapi ape yer puncanya tetiba boleh muncul virus ni…serang kat blog2 pula tu…ker ade pihak2 yang tidak berwajib untuk menghack blog2 masakan…kawan2 yang lain harus juga berhati2 dan rajin2 buat backup entri2 yang ade di blog masing2…sebelum ni ade dah rakan FB yang pm QH memberitahu hal ni…mulai dari tu terus QH backup entri sikit2…



Baik la untuk mengubat hati yang gungah ni…jom memufin…muffin ni harus dibuat tau…sebab sedap sangat…rugi kalau tak cuba…resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…sangat tertawa pertama kali melihatnya di hari tayangan…kebetulan juga masa tu bahan2 memang dah tersedia di rumah…kebetulan pula lagi QH pon dah lama tak buat muffin sendiri…

Kesedapan muffin terasa bile coklat dan pisang disatukan…dapat makan panas2 pula tu…aduh tak dapat QH nak luah dan gambarkan rasanya tu…pada peminat coklat tentu sukakannya…penyediaannya pon sangat senang…jadi pergi buat sekarang…hahaha…boleh la nanti dibuat untuk minum petang nanti yea…selamat mencuba…


MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Daripada resepi: MUFFIN PISANG COKLAT RICE
By: Chef Hanieliza
Rujukan: Hanieliza's Cooking 

Bahan2
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~  diayak
1 s/k baking powder ~ diayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan

Caranya
Panaskan suhu oven pada 180C
Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin
Ketepikan

Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kuih dan hidangkan.


Share:

17 comments