JEMPUT-JEMPUT UDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali untuk bersiaran…
Sesibuk mane pon blog harus didahulukan ^__^

Hari ni tak pasti lagi ape kerja yang akan mendatang…walaupon masih ade lagi kerja2 yang masih tersangkut2 dan tak beres2 tu…kerana mendahulukan kerja2 yang perlu di ambil tindakan segera…siap berkampung lagi dalam opis dari pagi hingga ke malam… hukhuk…makan minum siap ditaja lagi oleh pegawai merangkap bos tu…punya la menjaga kebajikan kami…mungkin takut kot kalau keluar nanti tak masuk2 opis semula…hihihi


Cuti hujung minggu baru ni pon sekali lagi dapur QH masih belum berasap lagi…mempulun untuk berehat dulu…sebab kerja masih belum selesai lagi..tu nanti QH akan ceritakan kemudian yer…

Dua tiga minggu ni mood QH asyik nak berjalan2 saje…tu yang sampai tak berasap dapur…ade2 aje projek mengejut kat luar tu…hehehe…tengah sale besar2ankan…mau tak jiwa kacau dibuatnya…hihihi…mula la simptom tak boleh tido lena melanda kalau ternampak ape yang berkenan tapi tak diberkenankan oleh encik somi…(>_<)…harap penyakit ini cepat sembuh yer…*(^o^)*



Ok la jom ke resepi…nanti entah2 ape lagi QH akan merapu…hihihi…resepi kali jemput-jemput udang…menu yang sudah zaman berzaman ni masih kekal sampai ke hari ini…satu2nya menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia…buat la dengan cara ape sekali pon…ianya tetap sedap dimakan…ianya juga kegemaran kami cuma nak buatnya aje tu yang malas…hehehe

Nak pula dimusim hujan begini…jemput2 ni la yang dicari2 sambil dihirup bersama dengan kopi atau teh panas…wallaaa…boleh berketul2 jemput2 ni masuk ke mulut…ditambah sedap lagi bile dihidang panas…susah nak berhenti makan…hehehe…

Penyediaannya pon mudah dan senang saje…tak payah disukat2…dicampak2 aje pasti akan menjadi punya…cuma sekarang ni jemput2 ni sudah dipelbagaikan…boleh diletakkan ape saje yang dingini dan mengikut citarasa masing2…resepi jemput2 di bawah ni tak semestinya perlu diikut bulat2…ianya sebagai panduan…jika suka boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan…pada yang berminat untuk mencubanya petang nanti sebagai kudapan boleh la mencuba yer…


JEMPUT-JEMPUT UDANG

Bahan2
2 cawan tepung gandum
15 ekor udang segar – boleh tambah jika suka udang banyak
1 biji bawang besar *
1/4 cawan ikan bilis * - dikisar bersama
2 biji cili merah – dihiris halus
2 tangkai daun sup dan bawang – dihiris halus
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh pati ayam
Air secukupnya


Cara2
1. Buang kulit udang dan bersihkan serta dipotong dadu.
2. Dalam mangkuk besar masukkan tepung, garam, pati ayam dan gaul rata. Tambahkan sedikit demi sedikit air.
3. Kemudian masukkan bahan2 blend dan bahan yang telah dihiris tadi. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan udang yang dipotong dadu. Tambah air jika perlu hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan ke dalam peti ais dalam 20-30 minit. Biarkan diperam di dalam peti ais dulu.
6. Panaskan minyak untuk goreng terendam dan bolehla goreng cucur tadi. Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
7. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama sambal kicap atau sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.


Tags:

Share:

18 comments