IKAN SIAKAP GORENG BERLADA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dapat akhirnya QH bersiaran hari ni…salam rindu dan sayang buat semua…terima kasih kepada follower2 baru blog Qasey Honey…nanti QH follow balik kamu2 yer…^__^…terima kasih juga pada semua yang masih sudi bertandang ke sini walaupon dah lama tiada entri baru yang dapat disediakan dan meninggalkan komen2 yang indah2…nanti jugak QH akan berkunjung balas ke blog masing2 yea…




Sekarang ni QH masih lagi dalam mood bercuti dan bersiaran dari kampong halaman yang indah nan permai ni…ohhh yeahh…hahaha…pada yang bercuti panjang macam QH ni…selamat bercuti dan berhati2 dijalanraya yea…pada yang masih bekerja dan tiada cuti lagi untuk bercuti sila la teruskan dengan kerja2 kat opis tu ehhh...buat kerja dengan seikhlasnya yea…jangan jeles ngan kami tau…hahaha




Berbalik pada resepi alam maya hari ni…QH sajikan Ikan Siakap Goreng Berlada buat semua…sila jangan tertipu yea…ini bukan resepi hari ni atau bukan resepi yang sebentar tadi QH masak…mood sekarang nak makan masakan mak saje…hehehe…resepi ni dah lama QH kerjakan…tak ingat bila ianya dimasak…hihihi…punya la lama…




Resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…kalau mengikut resepi asal ikannya tu adalah ikan tongkol tapi QH tukarkan kepada ikan siakap…ape2 ikan sekalipon ianya sesuai…memang terbaik sangat2 tau resepi ni…senang, mudah dan sedap…sangat sempoi rasanya…boleh bertambah la makan dibuatnya…sangat2 memenuhi citarasa kami…secukup rasa…tak percaya…sila la mencubanya yea…resepi QH ade sediakan di bawah ni…selamat mencuba semua…




IKAN SIAKAP GORENG BERLADA
Resepi Asal: Ikan Tongkol Goreng Berlada

Bahan-bahannya :-)
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan* - QH guna ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya :-)
1.Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
2.Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi (QH kisarkan saje bahan2 ni). Ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.
4.Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api.
5.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.



Tags:

Share:

23 comments