CHOCOLATE BAR BUBBLE RICE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bersua kembali di alam maya ini...
Hari ni gumbira sangat2 sebab hari ni merupakan hari terakhir QH bekerja di tahun 2012…yahoo…tak sabar rasanya nak tunggu sampai ke petang…terasa lambat pula jam ni bergerak…sebab hati dah berbunga2 untuk bercuti…ape lagi balik kampong la jawabnya…nak berehat puas2 dulu tahun depan baru fikir pasal kerja semula…sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun QH akan mengambil cuti seminggu sampai la menyambut tahun baru...jadi setiap tahun QH akan berkira2 dengan cuti…kena bajet betul2 takut cuti tak cukup pula sampai ke hujung tahun…hihihi



Sebenarnya sekarang ni mak QH pon dah seminggu ade kat rumah…masa hubby amik QH di Kuala Kangsar hari tu mak QH pon ikut sekali…nak berehat kat KL pula katanya…katanya la…tapi tengok macam2 jugak yang dibuatnya dalam rumah tu…berkemas sana, berkemas sini…masak tu, masak ni…kita suka aje la…tak halang pon…hihihi…siap minta2 lagi suruh masak ni, masak tu ade la kot…dalam minggu ni hari2 QH bawak bekal…sebab pagi2 lagi dah terhidang sarapan di atas meja…jimat duit poket seminggu…hahaha…bile lagi kan nak merasa airtangan mak sendiri…masa ni la kan…asyik makan hasil airtangan sendiri pon boring jugak…psttt alasan aje tu…sebenarnya diri sendiri dah jadi pemalas semula…hahaha…


Baik la asyik bebel aje dari tadi jom la tengok resepi pula…kali ni coklat pula…saje2 nak buat coklat sendiri pula…masa ke bakery hari tu berkenan sangat la tengok acuan coklat bar ni…tu yang beli…QH beli di Yummie, Bangi…jadi daripada acuan tersebut menjadi hiasan dalam kabinet…baikla digunakan dengan sebaik2nya…tu yang terjadinya Chocolate Bar Bubble Rice…kebetulan pula bubble rice tu dah lama juga QH membelinya…sebelum raya lagi dah ade…tapi tak tahu nak diapa2kan…lagi pon senang saje nak buat coklat ni…QH tak campurkan ape2 bahan2 yang lain…semata2 coklat masakan tu dicairkan dan tabor la bubble rice tu kat dalamnya…senangkan…sekejap saje dah siap…jadi ape tunggu la…cepat2 cari acuan tu dan boleh la mulakan projek mencoklat hari ni…boleh la anak2 makan sambil nonton tv…resepi dan caranya ade di bawah ni yer…selamat mencuba semua…


CHOCOLATE BAR BUBBLE RICE

Bahan2
Coklat compound secukupnya – QH guna jenama Beryl’s
Bubble rice secukupnya
Acuan coklat bar

Caranya
Coklat dipotong kecil dan cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Tambahkan cocoa butter jika mahukan coklat nampak berkilat. (QH tak letak)

Setelah coklat benar2 cair masukkan coklat tadi ke dalam piping bag. Ketepikan.

Sediakan acuan untuk coklat bar tersebut. Pastikan acuan tadi bersih dan kering.


Paipkan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam acuan lebih kurang 1/2 sahaja.
Taburkan bubble rice pada coklat cair tersebut.
Letakkan semula coklat cair tadi sehingga menutupi permukaan bubble rice tersebut.

Kemudian hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar dan ratakan permukaan coklat tersebut.

Simpan di dalam peti ais sehingga mengeras.
Setelah keras keluarkan coklat dari acuan.
Ratakan lebihan coklat tersebut jika ade dengan menggunakan pisau yang tajam.

Jika ingin membalut coklat tersebut bolehlah sediakan aluminium foil yang dibuat khas untuk membalut coklat. Siap.


Share:

23 comments