ASAM PEDAS IKAN KERISI BERSAMA SAWI JERUK ASIN




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Aduhhh broadband buat hal yea dia…entah ape la nasib bile kedua2 broadband tidak berfungsi dengan setimpalnya…langsung takde connection…seharian hari ahad tak dapat nak online…sepatutnya entri ni nak ditayangkan semalam lagi…tapi terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ni…

semalam nak guna line tenet di opis…line disekat2 la pula…FB masih ok lagi itupon harus berkali2 refresh…blog2 pon ade yang nasib2 aje dapat dibuka…yang kelakar blog sendiri pon tak berjaya untuk ditembus yea…sedeyyyynya…malam tadi try lagi…baru la ok si celcom tu…dah pukul 10 lebih dah masa tu…mata pon dah mengantuk...maxis aje tak tahu ape masalahnya…sampai sekarang tak ok2…




Hari ni nak kongsikan resepi masak2 pula…takde kek2 yer…tunggu hujung tahun nanti kot kalau ade…hihihi…dah dekat 2 minggu sebenarnya QH tak memasak…entah la jugak ke mane la mood nak memasak atau membaking tu pergi…nak makan QH beli aje atau makan saje diluar…senang…hehehe…

Draft dalam blog banyak lagi himpunan resepi yang QH belum kongsikan…jadi QH nak habiskan dulu draft2 yang ade tu…stok cukup sampai hujung tahun ni tau…bayangkan bertapa banyaknya resepi2 tu…silap leh sampai ke awal tahun depan kot…jika QH ade miss untuk bersiaran…




Resepi kali ni Asam Pedas Ikan Kerisi bersama Sawi Jeruk Asin…resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…dimana resepi asalnya adalah Telur Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Sawi Jeruk Asin…QH tak makan dan tak pernah makan telur ikan…hubby QH makan kot…jadinya QH tukarkan telur ikan tu ke ikan kerisi…ikan kerisi adalah ikan kegemaran QH…isinya sedap…kalau beli ikan ni…QH tak pernah siang dirumah…siap2 minta penjual tu siangkan…

Sedap tau kuah asam pedas ni…kena la dengan selera kami…bile dah rasa tu akan nak rasa lagi…dulu QH tak berapa suka pon lauk asam pedas ni…kalau mak QH masak dulu macam tak berapa nak makan la lauk tu masa tu…tapi sejak kawin pak mertua QH rajin masak asam pedas…mungkin takde pilihan kot…hihihi…sejak tu la tahu akan keenakkannya…puas rasanya bile dimakan dengan nasi panas2…perghhhh boleh bertambah la makan…hehehe…
Kalau nak tahu bagaimana rasanya…sila la mencuba resepi di bawah ni yer…terima kasih pada kak Ita sudi berkongsi resepi ni…memang sedap…QH nak kongsikan resepi ni di sini pula yer…jom skodeng resepi… 




asam pedas ikan kerisi bersama sawi jeruk asin
Resepi asal: Telur Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Sawi Jeruk Asin

Bahan2
Telur ikan secukupnya ~ dicuci bersih dan toskan airnya – QH guna ikan kerisi
1 pokok sawi jeruk ~ di hiris dan rendam sekejap, toskan

8 batang cili merah ~ dikisar
8 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 inci kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar kisar
1/2 inci lengkuas ~ dikisar
1/2 inci belacan ~ dikisar

3/4 cawan jus air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 kiub ikan bilis ~ jika suka




Caranya
1. Pijarkan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga garing, harum dan terbit minyak.
2. Tuangnkan air asam jawa dan masak hingga didih. Jika kuahnya pekat tambahkan air secukupnya.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan dan sawi jeruk asin.
5. Masak hingga telur empuk, siap di hidangkan.



Tags:

Share:

25 comments