PUDDING in jar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran pada hari ni…
Sebelum tu QH nak tanye pada kawan2 semua…pernah dengar tak mengenai virus ‘malware’… virus ni QH tengok sedang melanda pada beberapa blog yang QH follow…bile kita klik link blog tu nanti ianya akan ke page lain pula…mengatakan blog tersebut di block…untuk surfing the internet QH menggunakan chrome…tak tahu la jika menggunakan Mozilla ade masalah itu atau tidak…

Pemilik blog takkan tahu tau masalah ni jika pengunjung blog tidak memberitahu pada empunya blog masalah ini…sebab ianya boleh dibuka dan diupdate seperti biase oleh pemilik blog tersebut…jadi QH pon takut jugak jika ianya ade berlaku pada blog kesayangan QH ni…jadi dikesempatan ini QH nak bertanya jugak la pada pengunjung blog QH ni…ade pernah terjadi tak masalah tersebut di blog ni…

Jika ade sila beritahu yer…mane tahu ade jalan penyelesaiannya…lagi satu jika ade cara nak mengatasinya…sila la berkongsi info tersebut…boleh sama2 kita mencegahnya…


Lagi satu cerita…pernah dengar tak mengenai ‘ebook’…QH baru mengetahuinya semalam…itupon melalui entri dari Kak Azlita…malam tadi baru QH berkesempatan skodeng ke situ…sangat ketinggalan betul la kan…sangat canggih…macam tengok catalog shopping2 lak…hehehe…boleh diselak satu persatu muka surat…ianya boleh dikategorikan sebagai majalah online yang editornya adalah kita sendiri…bestkan…

Jika inginkan pembaharuan dan mencuba sesuatu yang baru ape salahnya…boleh la mewujudkan satu ebook untuk blog sendiri pula…selain dari Kak Azlita…QH tengok ade seorang lagi blogger yang dah menggunakan aplikasi tersebut iaitu Kak Ucu…jadi jom beramai2 menggunakannya…itupon jika rajin…hehehe


Baik la tinggalkan sebentar cerita2 di atas tu yer…jom tengok resepi pula…kali ni nak berkongsi resepi puding pula…dimana ianya dibuat sebagai hantaran adik QH haritu…konsep warna tetap sama iaitu biru putih…

Untuk resepi puding ni QH ambil dari blog Kak Ct@Ct Delima…kalau ikut pada resepi asal ianya adalah pudding rainbow…tapi QH mengolahkannya sedikit…mengikut tema la katakan…QH tak merainbowkan puding ni…hanya menggunakan warna biru dan kaler asal susu tu saje…lepas tu layernya pon berbeza…bukan sebab malas yer…hihihi…saje dibuat begitu…


Tak susah pon nak buat puding ni…cukup senang…resepinya pon mudah…untuk satu adunan resepi ni…jika menggunakan botol saiz macam QH ni…maaf la lupa lak ape sizenya…lama dah QH membelinya…boleh dapat dalam 9 botol…jika nak banyak boleh gandakan saje adunan di bawah tu yer…

Jika menggunakan botol caranya sama saje seperti biase…tuangkan saje dalam botol tu…jangan takut botol takkan pecah jika dimasukkan adunan tu panas2...kalau dah puding tu ianya sedap dihidang ketika sejuk…sila la mencubanya yer…

Terima kasih pada Kak Ct kerana sudi berkongsi resepi ni…QH nak kongsikan pula di sini yer…jom skodeng resepinya…^__^


Rainbow Pudding
By: Kak Che CT@CT Delima

Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan

Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan. (QH menggunakan warna biru sahaja)



Cara-cara :
1. Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air. (QH menggunakan botol kaca)
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. (jika buat di dalam botol sukat mengikut ketebalan yang diingini, kalau boleh biarla sama rata ketebalannya baru cantik) biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku. 
4. Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. (yang ini QH tak mewarnakan susunya) Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.


NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.

Share:

26 comments