MEE KARI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran untuk hari ni…
Malam tadi tengok Buletin Utama di TV3 nampaknya keadaan banjir agak kritikal di Johor terutamanya di Batu Pahat dan Ledang…kampong QH iaitu di Kluang dah beransur pulih…Alhamdulillah…tetapi kawasan perumahan mak QH dan mak mertua QH setakat ni tak pernah lagi dilanda bencana tersebut…

Pada yang terlibat dan menjadi mangsa banjir…supaya beringat dan berjaga2 tentang keselamatan diri sendiri dan keluarga…terutama sekali anak2 kita tu…bile tiba musim banjir ni…anak2 la yang paling seronok sekali sebab pada mereka masa ni la boleh bermain dengan air sepuas-puasnya…tolong pantau anak2 anda yer…biar menangis sekarang dari menangis kemudian…jangan sampai mereka menjadi korban mangsa banjir pula…lagi satu selamatkan barang2 yang penting saje dahulu…QH faham perasaan mangsa banjir…mesti sedih bile melihat barang2 dan rumah kesayangan musnah akibat banjir…harap pada yang terlibat semoga anda cekal menghadapi dugaan ini…


Bile tiba musim hujan ni…perut ni mula la selalu saje meminta untuk diisikan…jadi untuk hari ni QH nak kongsikan resepi Mee Kari…jadi petang2 nanti boleh la pada sesiapa yang teringin tu untuk membuatnya untuk santapan petang karang…cuaca2 sejuk macam ni nikmat kalau dihidangkan dengan makanan panas dan yang jenis berkuahkan…haiii jadi teringin kembali pula untuk menikmati mee kari ni…hehehe

Mee kari ni bukan la baru QH sediakan…lama dah QH buatnya…tapi baru hari ni dapat ditayangkan…untuk santapan ni resepinya QH ambil dari dapur Tun Telani…resepi asalnya kepunyaan Chef Hanieliza…di dalam resepi terdapat la beberapa olahan dan bahan yang QH tambah...ikut citarasa QH dan kesesuainya...


Mee Kari ni merupakan menu kesukaan QH…suka sangat2 la…sebab utama QH memang suka sangat menu2 yang berkari…hehehe…kebiasaannya kalau dulu kalau teringin nak makan biasenya QH minta la mak buatkan…tapi bile dah berblog ni kena la bikin sendirikan…hihihi…

Resepi mee kari ni amat kena la dengan selera QH…sedap…rasanya semua cukup…hampir serupa macam resepi mak QH tu…asyik nak berulang makan aje ketika buat ni…berulang kali cakap dengan hubby sedap…sedap dan sedap…kuah karinya pon QH hirup gitu aje…licin…hehehe…

Pada yang nak mencubanya pula resepi ade QH sediakan dibawah ni…termasuk la bahan2 yang QH tambah sikit2 tu…pada Tun dan empunya resepi mohon diizinkan untuk memanjangkan resepi ni di sini pula yer…terima kasih banyak2…jom tengok resepinya…layannnn


Mee Kari
Resepi Asal: Kak Hanieliza

Bahan2:
·                     1 kg mee kuning
·                     1/2 kg ayam- potong kecil
·                     2 btg serai*
·                     1 inch halia*
·                     1/2 inch lengkuas*
·                     5 ulas bwg merah*
·                     2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
·                     2 sb cili giling
·                     3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa
·                     200g udang
·                     1 paket fish cake - potong nipis – QH ganti kerang
·                     5 cwn santan (1 bj kelapa) <- tun guna santan kotak 200ml + air secukupnya
·                     Tauhu goreng
·                     2 bj kentang- potong 8 – QH tak letak
·                     Garam
·                     Gula secukupnya – QH tambah


Cara2:
·                   Kerang hendaklah direbuskan terlebih dahulu. Bile dah sejuk kopek dan ketepikan.
·                   Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi.
·                   Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak.
·                   Masukkan ayam, fishcake, udang, kerang, kentang dan santan dan masak hingga mendidih.
·                   Masukkan sawi dan tauhu goreng.
·                   Perasakan garam dan sedikit gula.
·                   Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.


Bahan tabur:
·                     Daun bawang & daun sup
·                     Cili merah
·                     Limau kasturi
·                     Taugeh <- tun suka masak dlm kuah
·                     Sawi - tun tambah, letak dlm kuah jugak
·                     Telur rebus- belah dua
·                     Hirisan timun – QH tambah
·                     Tauhu goreng – QH tambah
·                     Bawang goreng – QH tambah


Tags:

Share:

17 comments