FRESH FRUIT TART


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Cakkkkk...haaaa tu dia...
QH kembali bersiaran...

Salam rindu-rinduan buat semua pengunjung blog Qasey Honey...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat la hendakNya...

kembali bertemu kita pada hari ni setelah beberapa hari menghilang...berita kehilangan tu akan QH laporkan kemudian yer...tapi tu la...alahai liatnya la pula bile nak memulakan untuk berblog semula...^__^
sangat lazimkan penyakit tu...hihihi...


Bile la dah lama tak berupdate...otak mula la agak berkarat sikit untuk mendatangkan idea2 untuk bercerita dan berblog seperti biase...terkial2 untuk berbicara dan mengumpul cerita2 yang dah sedikit2 kelupaan tu...hehehe...



Ingatkan dalam tempoh MENGHILANG sekejap tu dapat la sedikit masa untuk berlegar2 diruangan blog rakan2 yang lain...rupanya tidak...maaf yer semua sebab QH tak sempat untuk berBW...(>_<) mesti banyak resepi yang sudah QH ketinggalankan kerana tak sempat untuk melihatnya...dalam tempoh tersebut QH sempat membuka FB dan IG sahaja...itupon melalui handphone...waktu tu QH sangat2 sibuk...sibuk untuk ape??? itu nanti QH akan ceritakan kemudian yer atau mungkin ade jugak kot yang dapat mengagakkanya kot...sebab klunya telah QH kongsikan di FB...jadi sama2 la kita tunguuu...hehehe...menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan...



Baikla...jom la kita meneruskan kepada resepi untuk kali ni...tentu la dah mengetahuinyakan...Fresh Fruit Tart...dimana resepinya QH telah ambil dari CMG@Dapur Tanpa Sempadan...

QH kalau buat kulit tart ni memang QH akan buat lebih2...biase 2 adunan...untuk kesenangan pada hari2 yang mendatang nanti...hehehe...bile2 teringin boleh la diapa2kan saje kulit tart ni...tak perlu lagi bersusah payah untuk mengerjakannya...hihihi...kulit tart ni jika disimpan betul2 dalam kedap udara ianya boleh bertahan lama...pastikan penutupnya ditutup rapat2...


Cara penyediaan untuk membuat fruit tart ni adalah memula sekali kita perlu la membuat kulit tart tu dulu...bile kulit tart tu dah siap...boleh la siapkan pula filing kastard pula atau ape saje filing mengikut citarasa masing2...kemudian boleh buat proses seterusnya dimana kulit tart tadi hendaklah disapukan dengan sedikit coklat cair...tujuan untuk mengelakkan kulit tart tadi lemau bile terkena filing kastard atau bauh2an tadi...proses seterusnya letakkan pula filing ke atas kulit tart yang telah disapu coklat tadi...boleh la diletakkan buah2an segar di atas filing kastard tadi...simpan dalam peti sejuk sebentar...siap...senangkan...jadi boleh la mencubanya yer nanti...


Pada CMG...QH mohon untuk berkongsi pula resepi ni...di blog ini pula yer...terima kasih...jom tengok resepi di bawah ni yer...





BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
1.    Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja.
2.    Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.
3.    Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan.
4.    Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit.
5.    Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.


BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :
1.    Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk.
2.    Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
3.    Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu.
4.    Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.
5.    Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.


BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya – QH guna buah anggur atau ape2 saje buah2an mengikut citarasa sendiri
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) – QH tak letak

CARA MEMBUATNYA :
1.    Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi.
2.    Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh.
3.    Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart.
4.    Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi.
5.    Boleh hidangkan.
6.    Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.


CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.


Share:

14 comments