ACAR a.k.a JELATAH a.k.a PENCUK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi untuk kesekian kalinya…apa khabar semua?? Diharap semua diberikan kesihatan yang baik2 saje…diharap juga semuanya dapat menjaga kesihatan diri masing2 waktu ni…maklum la sekarang ni…elok2 cuaca panas…tetapi bile terpandang semula keluar…hujan pula dengan selebatnya…begitu juga sebaliknya…

kalau di KL ni macam tu la keadaannya sekarang…sudah beberapa kali juga QH sendiri terkena…keluar lunch cuaca sangat2 elok memang tak sangka la akan hujan nanti…tapi bile tiba nak balik ke opis semula…diluar tu hujan dah mencurah2meyimbah ke bumi…mula la berlari2 anak…hampir kuyup jugak la…sebab takkan setiap kali hujan…setiap kali tu juga nak beli payungkan…jadinya sekarang kena la sediakan payung sebelum hujan kalau nak keluar tu…amat tepat sekalikan pepatah melayu tu…


Baik la seperti yang dijanjikan semalam…hari ni QH nak kongsikan lagi satu menu yang QH gandingkan bersama dengan Nasi Serai dan Ayam Laksamana untuk hidangan raya haji tempoh hari…sengaja QH mengasingkan menu2 tersebut…sebabnya ke semua menu tu tak semestinya akan digandingkan bersama jika mahu membuatnya…kita boleh cuba dan gandingkan jugak dengan menu yang lain serta sesuai dengan hidangan tersebut…semuanya terpulang kepada citarasa sendirikan…

Ok la…di sesetengah negeri mungkin panggilannya agak berbeza sedikit…walaupon ianya adalah makanan yang serupa sebenarnya…seperti juga dengan resepi pada hari ni…ade yang panggilnya acar timun…ada yang kata pencuk…tak lupa juga ada yang panggilnya jelatah…kalau di Johor ketiga2 nama tersebut tidak la begitu asing sebab di Johor pon terdapat pelbagai jenis bangsa…ade jawa, bugis, banjar dan melayu…


Acar/pencuk/jelatah ni sebenarnya sebagai makanan pelengkap bagi sesuatu hidangan…sesuai dimakan dengan ape jua jenis nasi sekali pon…nasi putih boleh, nasi minyak, nasi beriyani, nasi tomato dan yang lain2…

Tak susah untuk menyediakan acar ni…tak perlu dimasak pon…biase tengok mak QH atau pak mertua QH buat…cuma kali ni QH buat menggunakan timun jepun…timun jenis tak banyak biji dan tak perlu dibuang pon bijinya…ianya juga agak rangup bile dimakan serta kurang berair…krup krap2 jika mengunyahnya…tu la yang sedap…kalau nak buat acar ni sebenarnya takde sukatan yang tertentu pon…ianya main agak2 saje kalau tengok mak QH buat la dan dirasakan sesuai…jika ingin mencuba boleh la tengok resepi dan cara yang QH gunakan yea…


ACAR TIMUN/PENCUK/JELATAH

Bahan2
1 biji timun jepun – lebih pon boleh
1 biji lobak merah
1/2 biji nenas
11/2 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Air kapur secukup 


Caranya
Bawang besar dan lobak merah dimayang halus.
Hiris nipis timun secara bulat dan tak perlu buang bijinya sebab timun jenis ni tak banyak biji.
Hiris nenas dan pastikan buang bahagian tengahnya.
Bersihkan dan rendamkan bahan2 hirisan tadi ke dalam besen bersama dengan air kapur secukupnya. Lebih kurang 30minit. Tujuan untuk membuatkan sayur tu semua rangup bile dimakan.
Bersih dan tapiskan sehingga kering.
Gaulkan bersama gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Rasa dan jika dah ok sedia untuk dihidang.


Dibawah ni adalah link menu yang QH gandingkan bersama dengan ayam laksamana di atas:
Nasi Serai
Ayam Laksamana

Share:

14 comments