KENTANG WEDGES



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Mohon maaf…janji tidak ditepati…
Semalam QH nak kongsikan resepi kek kan…tapi yang ditayangkan untuk hari ni lain pulak yer…
Sebabnya gambar tersebut…belum siap diedit sepenuhnya…hehehe

Baik la hari ni masa tak mengizinkan untuk QH berlama2 depan blog…sebab ade kerja2 yang perlu diselesaikan dengan segera…macam dah bermula kembali hari2 sibuk dengan kerja yang mendatang ni…huhuhu


Bersiaran sebentar untuk mengupdate entri untuk hari ni…tak nak la nanti pengunjung blog QH asyik disajikan dengan entri yang lepas2 tu…kesian uolzzzz…hihihi…pada rakan blogger yang lain…malam nati QH akan BW yea…

Hari ni QH nak kongsikan menu yang simple saje…nanti balik kerja petang nanti boleh la para2 isteri buat ehhh…yang surirumah pon sama…boleh dijadikan sebagai kudapan untuk anak2 malam nanti sambil berehat2 tu kan…


Resepi ni QH ambil dari blog Kak Amie@Amie’s Little Kitchen…menu ni lama dah QH buat cuma baru sekarang sempat nak diposkan…kalau tak silap dibuat pada hari yang sama ketika menu ni ditayangkan oleh Kak Amie…banyak sangat resepi…sampai terlepas pandang pada resepi yang 1 ni…hehehe…

Kentang Wedges ni sedap dimakan panas2 tau…baru terasa kerangupannya…dicicah pula dengan sos cili…selagi tak habis sepinggan selagi tu la tak berhenti untuk menikmatinya…QH buat ni sebab nak menghabiskan stok kentang kat rumah ketika tu…tak tahu nak diapekan…nasib baik jumpa resepi ni…dapat jugak la dimakan…kalau tidak mesti kentang tersebut akan membusuk begitu saje…

Pada yang mengalami masalah yang sama…sila la berbuat demikian yea…hahaha…ok la…pada Kak Amie…izin Qh untuk letakkan dan kongsikan resepi ni di sini pula yea…terima kasih kak…


Kentang Wedges

Bahan-bahan:
8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO –  QH ganti baking powder
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak

Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.


Share:

20 comments