CHICKEN CHOP GORENG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Ape khabar semua?? Mudah2an pengunjung2 blog QH semua dalam keadaan yang baik2 saje yer…jika ade yang kurang sihat…cepat2 pergi klinik dan makan ubat tau...lepas tu berehat dengan secukupnya yea…maklum la sekarang ni musim dah tak menentu...kejap panas kejap hujan…jadi sentiasa menjaga kesihatan diri…

sekejap saje dah masuk ke hari baru dan minggu yang baru kan…tak puas rasanya untuk bermalas-malasan dirumah selama 2 hari tu…hihihi…kenapa la tak buat 5 hari cuti dan 2 hari untuk bekerja yer…hahaha…mesti lumpuh ekonomi Negara kalau gitu la gamaknya kan…hihihi

Ok la...masa sangat cemburu yer nak berceloteh panjang2 hari ni...banyak benda yang perlu QH settlekan hari ni...sebab nanti selama 3 hari QH tak masuk ke opis kerana berkursus lagi...jadi kita saje ke resepi yea...

Resepi hari ni yang QH nak kongsikan menu omputih pula...jom tukar kaler mata jadi biru ehhh...hehehe...bertukar selera ke barat pula...asyik makan nasi ajekan...menu yang dimaksudkan tu adalah Chicken Chop...kali ni QH buat versi goreng pula...yang dimakan bersama dengan blackpepper sos...

Untuk resepi chicken chop ni QH ambil dari Kak Rohah@Damai Kalbu...berkenan dengan resepi ni sejak dari hari tayangannye lagi...bahan yang digunakan mudah dan ianya  dari bahan2 asas yang sentiasa berada didapur...

Sedap tau chicken chop ni bile dihidang panas...rangup diluar dan lembut di dalam...QH rasa kalau dimakan begitu pon boleh jugak sebab dah sedap...pada sesiapa yang rajin tu...hihihi...kalau agak2 teringin tu baik saje dibuat sendiri...rasanya lebih kurang sama saje macam yang berada di restoran2 dan kedai2 makan tu...bile buat sendiri dah tentu tahu akan kebersihannya kan...boleh dimakan tanpa was2...hihihi...

Nak tahu ape bahan2nya...ade di bawah ni yea...pada Kak Rohah...QH mohon untuk letak resepi chicken chop ni di sini yer...terima kasih banyak2...

CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM

Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.

Untuk resepi blackpepper sos ni pula…QH tak menggunakan resepi dari Kak Rohah…sebaliknya masih menggunakan resepi yang biase gunakan dari MyResepi@Acik Yarn…bukan ape ianya permintaan dari hubby QH juga…masa tu nak makan dengan burger sekali jadinya buat la sos ni lebih sikit untuk dimakan bersama dengan chicken chop ni…

Tapi jika ade yang ingin menggunakan blackpepper sos dari Kak Rohah boleh la klik di link atas tu yer…

Pada empunya resepi sos lada hitam ni…QH mohon untuk letakkan dan berkongsi pula resepi ni di sini pula yea…terima kasih banyak…


 SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
    Cara-cara
      1.           Cairkan butter dengan api kecil.
    2.       Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
    3.        Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
    4.        Masukkan kiub ayam dan kacau.
    5.        Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
    6.        Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
    7.         Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
    8.         Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
    9.        Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
    10.   Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
    11.      Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap.. 

    Share:

    35 comments