BISKUT KACANG MAZOLA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Salam penuh kerinduan buat semua pengunjung blog QH ni…apa khabar anda semua hari n?? maklum la sekarang ni dah mula musim hujankan… mudah2an semuanya dalam keadaan sihat2 la yea…bile tiba musim hujan ni kemungkinan ramai yang kurang sihat waktu ni…kalau nak baik jangan lupa makan ubat tau…yang sihat tu jangan main hujan pulak ehhh…hehehe



Hari ni QH nak kongsikan resepi biskut raya pula…opppss ade lagi yea…hihihi…sebenarnya kuih ni dah lama dah kuih buat…kalau tak silap dalam minggu terakhir bulan Syawal kot QH buat biskut ni…bukan untuk raya haji ni ehhh…hihihi…ade jugak rancangan nak buat kuih tart…jemnye QH dah bentuk2kan dah…tapi tu la…malas kemain lagi minggu ni…entah bile agaknya projek tu akan siap…masak pon yang simple2 saje…hehehe



Ok2 berbalik pada biskut raya tu tadi ehhh…sebenarnya QH buat biskut tu atas permintaan hubby…tetiba malam tu nak sangat makan biskut kacang Mazola…pastu cari la resepinya…jumpa la resepi biskut ni dari blog Arah…sangat simple jadi memalam tu terus QH buatkan…QH buat 1 adunan saje…sekejap saje dah siap dengan sekali bakar saje…sekali dah siap…cehh boleh hubby cakap tak sama macam yang mak dia buat…hampesss betul time tu…nak biskut kacang ni yang stail dulu2 tu…yang dalam acuan bulat atas bubuh kismis…sori la nak layan suruh buat yang lain…makan aje yang tu ehhh…habiskan tu dulu...baru boleh bikin yang lain tau...hahaha (sambil ketawa jahat)…



Biskut kacang semua dah tau kan memang sedap…ianya jugak agak rapuh dan cair dimulut bile makan…tapi perlu sediakan air kat sebelah kalau makan dalam kuantiti yang banyak...takut tersekat dan tersedak pulak…baik la pada yang belum lagi mencuba biskut ni…boleh la cuba yea…resepinya ade QH letak di bawah tu…pada Arah…QH mohon untuk letak resepi ni di sini pula yea…terima kasih banyak2…jom tengok resepi tu…


BISKUT KACANG MAZOLA
By: Arah
Resepi Asal: 
KAK LILIDVALLEY MyR
Ke 
SINI jugak utk n3 sebelumnya :))

Bahan-bahan ( 1 balang )
·                     200gm tepung gandum
·                     200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
·                     100 gm gula -kisar halus
·                     1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya>>Guna minyak canola pun ok, tp jgn ler guna minyak masak biasa tu ya ada sebab kenapa guna minyak mazola :))
·                     Kuning telur>>Utk sapuan
·                     Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!! - QH xletak
2 sudu besar peanut butter - QH tambah

Cara-cara
1.   Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
2.   Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
3.   Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
4.   Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.



Share:

16 comments