AGAR-AGAR SIRAP ROSE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu untuk kesekian kalinya…
Tinggal lebih kurang 2 hari sajekan seluruh umat islam di dunia ni akan menyambut hari raya haji atau qurban…mesti sekarang ni ramai yang dah mengambil cuti lebih awal untuk pulang ke kampung halaman...kalau pulang awal boleh mengelakkan kesesakan jalan raya yea tak...langkah yang bijak tu tau...kalau di belah semenanjung meriahkan kalau sambutan raya korban ni berbanding dengan negeri2 yang lain...

ade ker di kalangan rakan2 di luar sana yang akan melakukan ibadah qurban tahun ni...pastikan semua persediaannya telah dibuat dan disediakan yea...terutama sekali lembu tu...kalau tidak macam mane nak sempurnakan ibadah tersebutkan...pastikan lembu tu ditambat kat pokok tu betul2 tau jangan sampai terlepas pula...




Tapi jangan dilupa pada rakan2 kita yang berada di Mekah bagi menunaikan rukun islam yang ke-5 iaitu ibadah haji...rakan blogger yang QH tahu yang menunaikan ibadah haji pada tahun ni adalah Kak Ummi, Kak Azymz dan Kak Mamasya...tak lupa juga kawan opis lama QH dulu iaitu kak Azimah...pasti mereka amat terujakan ketika berada disana untuk menunaikan kewajipan tersebut...semoga rakan2 kita yang berada disana berada dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan serta dapat menunaikan ibadah tersebut dengan sempurna...insyaAllah akan mendapat haji yang mabrur...semoga rakan2 kita itu juga akan selamat kembali ke tanahair nanti...amin


Baik la hari ni QH nak menjamu mata rakan2 dengan menu pencuci mulut pula...sila jangan marah yea dengan statement tersebut...hehehe...dulu2 mak QH pon rajin jugak buat agar2 jenis bersantan macam ni...tapi dulu mane la kita ni nak ambil tahu dan bersibuk2 kat dapur waktu tu kan...jadi memang tak pernah tengok pon macam mane cara mak QH buat...hahaha...

tapi bile tengok agar2 dari Kak Naz ni...QH pon nak cuba la buat sendiri macam mane rupa pula kejadiannya hasil airtangan sendirikan...hihihi
resepi ni QH ambil dari blog Kak Naz@Cute Oven Small Kitchen...sangat tertarik dengan agar2 santan yang Kak Naz tayangkan hari tu...terus saje masa tu tetiba  baru terperasan yang QH dah lama tak menjamah agar2 jenis bersantan gitu...untuk agar2 ni QH sengaja menggunakan acuan bunga rose tu...sebabkan nama agar2 ni pon agar2 sirap rose kan...sesuai la tu...silicon mould ni bukan QH beli...tapi hadiah sempena GA blog Love tempoh hari...jangan jeles yea...hehehe

silicon mould yg QH gunakan utk buat agar2 ni...pemberian dari LOVE...tq dear ^__^

Ok tengok bahan2 untuk buat agar2 ni mudah saje...memang dah tersedia berada di pantry kat umah tu jadi bermula la projek agar2 ni...kalau nak tau ni pertama kali tau QH membuatnya...hihihi...sebelum2 ni tau makan saje...lagi sejuk lagi sedap agar2 ni tau...

tapi sayang seribu kali sayang...rupa ade tapi hasil kejadiannya tak seperti yang QH harapkan...padahal langkah2 yang telah Kak Naz syorkan tu QH ikuti sepenuhnya...memang tak berani nak memandai buat olahan untuk resepi ni...nanti jadi macam mane pula rupanya tu nanti...huhuhu...sebelum tuang ke acuan memang konfiden mesti jadi ni...akan nampak agar2 ni berlapiskan santan tu...tapi yang jadi sebaliknya...dari atas ke bawah hanya 1 kaler saje...betul2 sebati kejadiannya tu...huhuhu...

kena cuba lagi la nampaknye ni...biar sampai puas hati...ok la pada yang ingin mencuba dipersilakan yea...buat lebih baik dari yang ni tau...pada Kak Naz...mohon untuk diletakkan yea resepi ni di sini pula...terima kasih kak...


 
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan :
·                     1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
·                     1 liter air (4 cawan)
·                     200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
·                     200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
·                     1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
·                     Secubit garam
·                     1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
·                     2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan



Cara-cara:
1.        Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.

2.        Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.

3.        Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

4.        Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
·                     Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
·                     (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.


Share:

24 comments