MEE GORENG TOMYAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali di pagi Selasa yang damai ni…ape khabar semua…mudah-mudahan sihat2 saje la yer…

QH tak sempat lagi nak tunjukkan tutorial yang QH cakapkan semalam tu…tengah mencari masa yang sesuai sekarang ni…nak berlama-lama kat blog pon tak boleh sebab kerja2 banyak yang menunggu…

Bile dah di rumah...lupa la pulak!!...sebab mengantuk pon yer jugak…mudah sangat nak terlelapnye…mane yang tak sempat lagi yang QH nk BW lagi blog teman2 yang lain…malam ni QH sambung yer…


Baik la sebab masa mencemburui…jom layan resepi untuk hari ni yer dari QH…Mee Goreng Tomyam…resepinye telah diambil dari blog Kak Rohah@Damai Kalbu…memang dah tertawan dengan menu ni sejak dari hari tayangannye lagi…terus mengedik nak buat…hihihi

QH buat mee goreng ni bulan puasa hari tu…dah lama dah kan…baru ni sempat nk buah resepinye di sini…memang sempoi menu ni…sedap pulak tu…memenuhi citarasa kami…dengan aroma daun limau purut yang wangi tu…membuatkan bile dah makan ni…kita akan rasa macam nak berulang2 makannye…cara masak pon senang…main2 campak2 aje…lagi sedap dimakan panas2 tau…pada yang nak mencuba resepi ade di bawah yer…

Kak Rohah mohon izin untuk letak resepi ni di sini pula yer…terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni…jom layan resepi dan selamat mencuba


 MEE GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris - xbubuh
2 batang fish cake | hiris – xbubuh
2 keping tauhu – gorengkan terlebih dahulu (QH tambah)
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama


Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.

2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.

3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.


Tags:

Share:

19 comments