KUIH TAKO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hmmm mood raya lagi ker??? Tentu la kot...QH pasti hujung minggu ni mesti ramai rakan2 kat luar sana tu yang akan buat rumah terbuka...tak pon tentu mendapat banyak jemputan ke rumah terbukakan...rakan2 blogger yang lain takde ker yang buat open house jugak…jemput la QH…boleh jugak kita berjumpakan…ehhh2 QH ni sibuk ke rumah orang pulak kan...rumah sendiri bile lagi yer...hihihi...kalau buat ade ker yang nak datang ekkk???

Ok cukup la tu nanti karang kalau dah meleret2 ceritanya…dah tak siap2 pula resepi untuk hari ni…biarkan saja cerita tu tergantung macam tu saja ehhh…hihihi


Masa bershopping barang2 dapur di JJ…kat bahagian sayur2 tu…QH terpandang la pulak ade sengkuang cina di situ…rasa macam nak melompat pon ade jugak masa tu…sengkuang cina ni susah jugak nak dapat kalau tak kena pada musimnya…jadi bile dah nampak tu terus la amik…sebab dah lama jugak cari tapi tak jumpa2 atau mungkin QH tak perasan akan kewujudan buah tu si situ selama ni…terus saja terfikir nak buat kuih tako la…kebetulan hubby memang suka kuih ni…

Jadi kali ni QH nak berkongsi resepi Kuih Tako la pula…kuih ni amat senangkan kita jumpa…tak kira di pasar malam, bazaar ramadhan atau di gerai2 tepi jalan…kuih ni mesti ade antara kuih2 yang lain tu…ramai jugak yang menyukai akan kesedapan kuih ni…QH pon rajin jugak beli kuih ni kalau ternampak…


Sedang bersemangat membara2 nak buat kuih…rupa ade satu saje bahan yang lupa nak dibeli…nak tahu ape??? daun pandan!!...aduh jiwa kacau dah masa tu…nak keluar lagi dah malas…puas la memikirkan nak digantikan dengan bekas ape untuk kuih tako ni…QH duduk diam2 kat pantry untuk bertenang sambil mata meliar mencari bekas yang sesuai untuk kuih tako tu…ok dah jumpa…push up container jadi penyelamatnya…fuhhh lega sudahhh

Ok buat la kuih tako ni menggunakan push up container tu…kiranya ni versi moden la ehhh…tapi nanti bile2 nak cuba jugak versi tradisional tu…amat senang la buat kuih ni sekejap jer dah siap…wah boleh buka gerai tepi jalan ni jual kuih ni bulan puasa nanti…hihihi…

Resepi hasil carian google…jumpa la blog Juwita@Juwita Faris and Family ni…resepinye QH ambil dari blog tersebut…QH buat kuih ni mengikut pada resepi asal tu…terima kasih yer Ita atas perkongsian resepi yang sedap dan mudah ni…tak rugi mencuba kuih ni…memang sedap…kena dengan citarasa kami…yang penting hubby kena habiskan kuih tu sebab QH dah buat banyak tu…hehehe…pada Ita…QH mohon untuk letak resepi tu di sini pula yer…pada yang lain selamat mencuba tau…


Kuih Tako

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe hijau (ita guna putih)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam 



Cara-cara
1.     Susun kotak pandan atas tray.
2.  Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
3.   Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
4.  Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
5.   Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
6.   Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
7.   Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
8.   Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!


Cara nak makan menggunakan push up container ni senang saje…tolakkan saja ianya ke atas atau boleh keluarkannya dan letakkannya dalam piring…

Share:

22 comments