FILLET DORI GORENG RANGUP



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran pada hari ni…macam yang telah diberitahu semalam…tak boleh ter’miss’ sehari pon pasti akan ditinggalkan berhari2 blog ni…hihihi…kecuali hari cuti memang QH tak update blog la…kecuali juga kalau terajin sangat masa tu…kecuali sekali lagi jika ade ape2 urusan yang perlu diutamakan memang tak boleh nak kata ape2 la kan…harus la diutamakan…sementara mempunyai waktu untuk mengupdate baik diteruskan kan…cuma kadang2 tu entrinye tu agak meleret2 pon ade…sebab terlebih banyak idea time2 camtu…segalanya nak diceritakan di sini…hehehe

Ok sekarang ni teruskan kepada resepi la untuk hari ni…resepi ni pon bukan baru QH cuba…sebelum bulan puasa lagi dah ade…tapi masa tu sibuk jadi tak dapat nak update resepinye terus…maka bertangguh2 la sampai ke hari ni…sebab bulan puasa lepas dah sibuk dengan kukis rayakan…jadi lepas raya ni la baru dapat update resepi yang lelama tu…takpe kan…



Resepi pada hari ni Fillet Dori Goreng Rangup…resepi ni telah diambil dari blog Kak Amie@Amie’s Little Kitchen…cara penyediaan pon mudah cara…kalau mengikut resepi dari Kak Amie ni…ade 2 cara tau…tapi QH buat yang pertama tu saje…yang kedua tu QH tak buat…mesti lagi sedap agaknya fillet goreng ni kan...pada masa tu QH rasa makan macam tu pon dah cukup sedap…untuk kudapan sesambil tengok TV…dicicah bersama sos cili dan sos seribu pulau tu…hihihi…

Agak berbaloi juga mencuba resepi ni…QH hanya menggunakan sekeping sahaja fillet ikan dori tu tapi dapat banyak juga tau bile dah dipotong kecil2 camtu…puas jugak la untuk menghabiskannye…sedap dimakan panas2 baru la terasa kerangupannya…

Resepi ni pon sesuai jugak dijadikan hidangan open house sempena raya ni…bebudak mesti suka nanti…mungkin ni yang akan habis dulu…ape lagi…jom la tengok resepinye tu yer…selamat mencuba semua…

Kak Amie…QH nak letak dan kongsikan pula yer resepi ni di blog QH…terima kasih bebanyak atas perkongsian resepi tersebut…



Fillet Dori Goreng Rangup

Bahan-bahan:
800 gram fillet ikan dori - hiris nipis 
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandung
1 biji telur
1/2 sudu lada putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
sedikit garam / perasa pilihan
3 cawan serbuk roti
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, lada putih, halia dan bawang putih serta sedikit garam.
2. Pecahkan telur dan gaul rata.
3. Masukkan fillet dori. Jika adunan terlalu keras / kental, tambah sedikit air.
4. Golek-golekkan fillet dori  di atas serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak / garing.
6. Angkat dan toskan minyak.



Untuk resepi Fillet Dori Butter Cereal Seasoning Powder pula, Amie tuliskan di bawah ini.

Bahan-bahan:
10 keping Fillet Dori Goreng Rangup
2 sudu besar mentega
5 tangkai daun kari
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
7 biji cili padi - hiris
50 gram Butter Cereal Seasoning Powder

Cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan.
2. Masukkan  daun kari dan semua hirisan cili. Tumis sehingga harum.
3. Masukkan kepingan dori goreng rangup. Gaul sebati. Tutupkan api.
4. Masukkan Butter Cereal Seasoning Powder dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.


Share:

20 comments