DONUT BALL TOFU LEMBUT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Yeahhhh QH sudah boleh berblog semula seperti biase sekarang ni…bersyukur sangat2 kerana masalah sudah selesai…Alhamdulillah…sebelum tu QH ingin berterima kasih kepada Kak Zila Norazila, Kak Mamasya Sya, Kak Zana Fahmi, Kak Rahayu dan Kak Wan atas bantuan yang telah dihulurkan dengan bermacam cara untuk menyelesaikan masalah yang QH hadapi pada blog ni…walaupon kita berjauhan pada zahirnya…tapi bile di alam maya ni kita amat dekat sekali…

Sangat2 berterima kasih juga kepada Rose Khadijah ni…kenalan dari FB yang bersusah payah mencarikan blog yang menunjukkan tutorial cara nak menyelesaikan masalah album picasa memenuhi kuota…masalah tersebut berjaya di atasi tanpa mengeluarkan sedikit wang pon…sangat jimat dam mudah juga caranya…terharu sangat dengan usaha dan cadangan yang diberikan itu…gembira bukan kepalang jadinya…nanti ade masa nanti QH akan tunjukkan pula yer tutorial tersebut diblog ni nanti…QH pasti ramai para blogger yang akan mengalaminyakan…bersabar dan bertabah yer…pasti ade jalan penyelesaiannya tu…


Baik la disebabkan masa amat terhad sekarang ni…kita teruskan aje yer ke resepi hari ni…kali ni nak berkongsi QH buat Bebola Donut Tofu Lembut pula…resepi ni QH ambil dari blog Kak Mama Hawa…memang lembut pon donut ni…hasil dari resepinye dan juga robot BM QH tu…jadi kerja mendonut pon menjadi mudah lepas tu…tinggal bulat2kannye saje…setiap donut ball tu QH buat 10gm beratnya…ditimbang yer…jadi ianya akan menjadi sama besar…donut ni sedap dimakan panas2…lagi lembut teksturnya tu…jika dicolek sikit makan dengan sambal tumis pon lagi sedap rasanya…hehehe…QH suka makan donut dengan sambal…manis2 pedas gitu…

Ok la pada yang teringin juga mencubanya…resepinya ade dibawah yer…pada Kak Mama Hawa…mohon dizinkan yer QH nak berkongsi dan memanjangkan pula resepi di sini pula yer… tak lupa juga pada empunya resepinye sekali…terima kasih banyak2…


BEBOLA DONUT TOFU LEMBUT

Bahan-bahanya
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125gram taufu lembut
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160ml susu suam@air suam
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6gram yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.


Cara-cara:1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. (untuk step ni...doh donut tu QH bulat2kan saje)


Share:

17 comments