BISKUT DONUT


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua…

Sebenarnya waktu ni hati QH gundah gulana dan berasa tidak tenang sekali…bile pagi tadi mengetahui perkhabaran dari kampong…abah QH jatuh malam tadi…menurut mak QH abah pitam sebab penat sangat…macam2 yang dibuat di rumah tu…

Sebelum tahu pasal abah QH jatuh tu…semasa basuh pinggan mangkuk kat sinki…QH terlepas pegang gelas dan menyebabkan 1 pinggan kat dalam tu pecah…masa tu dah mula dah rasa semacam…tapi malas nak fikir yang lebih2 dan bukan2…anggap tu semua hanya biase2 sahaja dan kecuaian sendiri saje…tak lama lepas tu handphone QH berbunyi ade sms…bile tengok abang QH yang sms…suruh telefon rumah abah jatuh…bile dah dengar cerita macam tu mula tak sedap hati dibuatnye…harap tiada ape2 la…QH call tadi abah tengah tido…berehat…QH pon belum ade rancangan lagi nak balik ke tidak ke kampong petang ni…

Sebenarnya juga entri untuk hari ni QH nak tayang dari semalam lagi…sebab gambarnye agak tidak memuaskan…faham saje la bile gambar di ambil waktu malam macam mane kan dengan tak cukup pencahayaan kalau di rumah QH ni…keseluruhan dalam rumah QH ni menggunakan lampu kuning…tu yang tangguh dahulu...rancangan pagi ni nak snap semula la…tapi mood tu hilang bile mengetahui mengenai abah tadi…jadi terima saje la gambar tu seadanya yer…walaupon hati ni tetap tidak berpuashati dengan hasil gambar pada entri kali ni…

Baik la QH pon taknak la berceloteh pepanjang hari ni…nak bergelak tawa di blog seperti di entri2 yang lepas pon takde mood…


Ini merupakan biskut yang ke-4 QH buat…Biskut Donut…resepi ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan lagi…memang QH mengindam nak buat biskut ni sejak pertama kali melihatnya…macam biase QH ikut saje macam mane cara Kak Wan sepenuhnya…kecuali topping untuk donut ni saje…QH menggunakan coklat masakan perwarna purple dan berperisa blueberry…

Biskut ni sedap dengan rasa lemak2 susu tu dan rangup…bile ditambah dengan coklat perisa blueberry tu lagi la bertambah sedap… pada Kak Wan mohon yer untuk meletakkan resepi biskut ni di sini pula yer…terima kasih banyak2…jom la kita tengok resepinye yer…



BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES
By : Kak Wan@
Resepi Citarasawan

Bahan A
150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan
Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand

1.                 Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
2.              Canai dan terap dengan acuan berlubang. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit. Sejukkan.
3.               Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manic warna warni.
4.              Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.


 

Share:

19 comments