
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Kembali bersiaran di hari ke-20 Ramadhan…walaupon
agak lewat juga…4 hari sudah blog QH menyepi seketika…sebab QH balik ke kampong
untuk melihat keadaan abah yang tak sihat…tapi sekarang Alhamdulillah keadaan
kesihatannya sudah beransur pulih…2 hari jugak la abah QH berada di hospital…tu
pon setelah didesak oleh anak2 baru la nak ke hospital…
Bile berada dikampong selama 3 hari
tu…berkesempatan la untuk berbuka puasa dengan adik beradik dan keluarga yang
lain bile dah berkumpul bersama…dikesempatan tu juga QH dapat la berbuka puasa
dengan mertua…nasib baik la rumah mak QH dan mak mertua sedaerah jadi dapat la
berbuka di kedua2 rumah…memang seronok riuh rendah jadinya…tapi dirumah mak QH
juadahnye banyak dibeli aje…masing2 beli sorang sikit…sampai tak tahu nak
dimakan yang mane satu dulu…hihihi…berbanding di rumah mertua…pak mertua lebih
suka ianya dimasak sendiri…QH dan hubby order saje nak makan ape…mesti
dimasaknya…hehehe…mak mertua QH sibuk menjahit tempahan baju raya…

Diam tak diam sudah hampir 3 minggu kita semua menjalani
ibadah puasa ni yer…tinggal 10 hari saje lagi kita akan menyambut hari raya
pula…bagaimana pula dengan persiapannya…mungkin semakin rancak la kan
disediakan…glupppp!! kenapa tetiba QH rasa macam panik pulak ni…seperti tahun2
sudah memang sambut raya tu secara sederhana sahaja tapi macam banyak lagi aje
yang belum selesai…hihihi…walaupon boleh dikatakan hari2 duk merayap sana sini…tapi
hari ni QH macam nak rehat la…rasa macam dah kematu kaki ni dan mula
sakit2…kepala pon hari ni macam pening2 lalat lak…tapi kalau nampak baju, kasut
dan handbag ok la tu agaknya…hahaha
Oh yea…untuk para suami atau ketua keluarga pula zakat dah
dibayar ke belum…jangan sampai terlupa pula akan tanggungjawab yang wajib tu
ehhh…yang patut disegera kena segerakan yer wahai kaum adam semua…peringatan ni
pon khas untuk hubby QH juga…bile di rumah asyik lupa aje nak bertanye…^__^
Ok la…untuk resepi
hari ni nak berkongsi pula Biskut Almond Beauty…resepinye QH ambil dari blog
Kak Wan@Resepi Citarasawan sekali lagi…ini merupakan biskut yang ke-5 dari
Qasey Honey…ade lagi tau…hehehe…masa untuk update aje yang agak terhad sekarang
ni…biskut ni pon sedap dan cara penyediaannye juga mudah…bab deco tu yang ambil
masa sedikit…untuk biskut ni QH ikut keseluruhan macam yang Kak Wan buat saja
termasuk la deconya jugak…cuma QH menggunakan coklat masakan kaler kuning
berperisa mango…
Anggaran untuk berapa keping biskut ni tak pasti…sebab QH tak
sempat nak kira…hihihi…cuma kat gambar yang ade tu…badam cincang tu agak gelap
sedikit kalernye sebab hampir terhangus sedikit…nasib baik la tak pahit…rupanye pon tak
Baik
la pada Kak Wan…QH mohon untuk letakkan resepi ni di sini pula yer…terima kasih
banyak atas perkongsian resepi tersebut…pada yang lain pula selamat mencubanye
pula yer…
Biskut Almond Beauty
Bahan A
200gm mentega
50gm Crisco/shortening
150gm gula kaster
Bahan B
40gm putih telur
Bahan C
(diayak bersama)
270gm tepung gandum
70gm tepung self raising
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh emplek
10gm serbuk koko
Hiasan: Coklat masakan putih dan badam cincang
(dipanggang) – QH guna coklat masakan kuning berperisa mango
Caranya
1.
Pukul
bahan A sehingga ringgan dan kembang.
2. Masukkan putih telur dan
pukul sehingga sebati.
3.
Masukkan
bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
4. Masukkan doh ke dalam
piping bag dan picitkannya dengan mucung aising no 4FT bergerigi dan tekan
diatas dulang pembakar.
5.
Panaskan
ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
6.
Celupkan
setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam
cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Pada kawan2 yang berkunjung dan meninggalkan komen terima
kasih yer…QH akan cuba
untuk BW balik blog kawan2 nanti…cuma cepat atau lambat saje belum dipastikan
lagi…maklum la QH agak sibuk sikit sekarang ni…ni pon curi2 masa sikit untuk
update blog ^__^
Post a Comment