SINGAPORE CHILI CRAB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Ape khabar semua? aduhhhh rindunya dengan teman2 blogger semua…mesti dah beratus2 resepi yang QH terlepas dan ketinggalan…ruginye rasa…tersangat rindu jugak dengan blog QH ni yang semakin hari semakin suam2 kuku jadinye…mula la timbul perasaan bersalah yang semakin menebal bile melihat bilangan follower dan pengunjung ke sini semakin bertambah dari sehari ke sehari…

Memang satu kejutan jugak…sebab QH tak pernah sangka akan dapat melihat begitu ramai bilangan pengunjung ke blog QH ni…sehari pasti mencecah sehingga 5k…pada blogger2 yang lain mungkin jumlah tu dah terlalu biasa…tapi pada QH yang baru menapak dan blog pon belum setahun jagung lagi usianya amat terharu dibuatnya…jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan tidak jemu2 untuk singgah ke sini…


FB sempat jugak la QH menjengah kejap2…tapi yang hanya mampu dilakukan adalah memanjang LIKE menu atau resepi yang QH Nampak di wall FB QH…mungkin kalau ade award LIKE2 ni…mungkin QH kot pemenangnye…hahaha…jika ade sebarang pertanyaan tak kira la di blog atau FB tu yang mungkin QH terlepas pandang dan masih belum reply…harap maaf yer…nanti QH cuba semak balik satu persatu…

Pada teman2 yang sudi meninggalkan komen di blog QH ni...terima kasih yer...nanti QH akan terjah dan jejaki pula anda semua satu persatu... 

Sepanjang QH berdiam diri tanpa sebarang berita tu kerana QH perlu menyiapkan resepi untuk beberapa buah buku masakan…hahaha…oppssss ACAH aje…tolong jangan perasan yer QH…hehehe…

Sebenarnya QH menyiapkan beberapa tugasan yang memerlukan tindakan segera dan semuanya nak cepat…bukan sekeping dua…tapi beratus2 keping surat…huhuhu…naik letih dah rasanye dan penat sangat2…harap akan cepat2 la berakhir kerja2 tu semua…tapi dengar2 bulan puasa nanti lagi sibuk…aduyaiii…

 
Ok la untuk menu hari ni…QH nak kongsikan resepi Singapore Chili Crab pula…ketam pula yer…resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…ketam ni salah satu makanan kegemaran QH jugak tau…

cuma kalau di rumah ni agak jarang QH masak lauk ketam ni…sebabnya bila makan ketam ni masa makan tu memang akan panjang sedikit dan lambat…bab nak menggopek cenngkerangnya tu yang menjadikannye lambat…kadang tu nasi dah abis dulu di pinggan tapi lauknye tapi habis lagi dikopek…hehehe…walaupon susah…tapi ketam ni la yang paling sedap antara seafood2 yang lain kan…

Resepi dari CMG ni sedap tau…memenuhi selera kami…walaupon rupanya tu agak berbeza sedikit dengan CMG masak…yang QH masak ni sambalnye tu agak kering sedikit…nak tengok yang CMG masak boleh klik di SINI yer…nampak betul2 menyelerakan tau…tu yang terus tergoda…hehehe…ye la lain orang lain pula hasilnye kan…ayat penyedap hati…hihihi…

Pada empunya resepi ni CMG…QH mohon untuk meletakkan resepi yang sedap ni ke blog ini yer…untuk dikongsikan pula kepada teman2 yang lain…terima kasih bebanyak…jom la kita tengok ape bahan2nya tu yer…


SINGAPORE CHILI CRAB

Bahan-Bahannya :-)
2 - 3 ekor ketam bersaiz sederhana (jenis ketam ikut kesukaan anda)
3/4 cawan air
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 camca besar kacang tanah tumbuk (disangrai dulu)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan Tumbuk Halus :-)
2 biji cili merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan, dipanggang dahulu


Cara Membuatnya :-)
1.                 Ketam diasingkan kulit kerasnya, cuci bersih dan ketepikan (kalau nak guna untuk hiasan pun ok, macam mat buat tu, kalau takmo, boleh buang). Kaki2 ketam yang kecil, dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Ketepikan.

2.              Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan bahan tumbuk halus dan cili kisar, tumis hingga harum dan cili garing. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata

3.               Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ketam, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan gula. Akhir sekali tambah kacang tumbuk. Gaul dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau roti....


Tags:

Share:

19 comments