KARI TELUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran hari ni…salam Ramadhan buat kepada semua yang beragama Islam…hari ni merupakan hari ke-3 dibulan ramadhan ni…selamat berpuasa buat semua…

Bile dah lama meninggalkan blog ni…mula la agak lemau sedikit untuk mengupdate entri…idea untuk mengarang pon dah mula berkarat…kena diasah semula sedikit demi sedikit ni…rajinnnn kembali la kepadaku…hihihi…tapi memang betul tau…tanye la pada mane2 blogger…memang situasi ni yang dirasai tau…tapi bile tahap rajin tu meluap2…macam2 idea ade…sangat laju aje untuk menyiapkan sesuatu tugasan…


Bile dah masuk ke bulan ramadhan ni…ianya bulan yang agak sibuk juga bagi QH…setaip tahun begitu…sibuk untuk berwindow dan bershopping juga…biase la orang pompuan ni…takde lain yang difikir dan dicarinye…dah tentu la baju, kasut, handbag dan lain2…tahun ni lagi bertambah sibuk kot bagi QH…maklumla sebagai seorang blogger sekarang ni…sibuk juga untuk mencari dan menyiapkan resepi2 yang terbaik buat para pengunjung blog ni…kalau dulu ikut suka aje nak masak ape…tapi sekarang ni berlainan la sedikit…kena fikirkan juga selera para pengunjung diluar sana tu…tapi kebanyakkan resepi dalam blog ni adelah menu2 kegemaran QH jugak…pastu sekarang ni sesambil berjalan2 tu…pantang singgah ke mane2 aje…pasti mencapai ape saje barang2 yang bersesuai untuk blog juga…hehehe…

Tapi bile direnung dan memandang balik benda2 tu semua…macam rasa agak membazir jugak bile tak digunakan sepenuhnya…hihihi…sepanjang QH menyepi sebelum ni…sebenarnya banyak jugak barang2 yang terpaksa dibuang…ade yang dah tamat tarikh luputnye…pastu tepung2 tu pula berulat walaupon tarikh luputnye lambat lagi…ntah ape silapnye tu…bukan sekilo tapi berkilo2…sangat membazirkan …sangat tak elok juga untuk dijadikan amalan…yang ade tu plastik pon tak buka lagi…hubby QH tak tahu…mesti dia bising punya nanti…hehehe…nyorok2 semasa membuangnye…semalam membuang lagi sekilo tepung roti…pelik la pula bile kerap jadi begitu…atau pon ade cara2 penjagaan yang sesuai ker untuk menyimpan barang2 tu semua…pada teman2 yang mungkin ade ape2 petua ker…tolong QH yer untuk atasi masalah tu…


Ok la jom la masuk bab resepi pula…menu yang QH nak kongsikan ni bukanla menu yang bar upon…maksud QH yang baru dimasak semalam tu…menu ni dah agak lama juga terperap di folder untuk ditayang…hihihi….tapi menu ni tetap sesuai juga dimasak untuk bulan puasa ni…lagi2 pada peminat2 kari seperti QH ni…elok sangat la dibuat untuk bersahur…tapi QH kalau bersahur tak boleh makan nasi…semenjak dua menjak ni la perut ni meragam…atau mungkin factor usia kot…hahaha…kalau makan nasi waktu bersahur…mesti perut ni berkeroncong bagai nak rak dan tak tahan lapar…pelikkan…tapi kalau bersahur dengan roti …Alhamdulillah  takde pula simptom2 macam bebudak tu…hahaha…

Sambung kembali pasal menu yang nak dikongsikan tu…menu yang disebut2 ni adalah Kari Telur…QH ambil dari blog IZah@Izah Muffin Lover…memang terpikat sejak pertama kali melihatnye…hehehe…lagi satu sebab ianya adelah kari…sangat senang la pula untuk menyediakannye…kebetulan masa tu stok telur memang banyak dirumah akibat dah tak membaking lagi…jadi elok la kita laukkan saje telur tu…

Memang nak pengsan lepas masak kari ni…tak penah sangka akan hasilnye yang sedap tu…hahaha…rasanye masa ni kari yang paling sedap la QH hasilkan…kandungan kari tu…QH bubuh lebih sikit…baru la kaw2 dan pedas2 sikit…hehehe…memang terangkat bile dimakan dengan nasi putih panas2 tu…ditambah pula dengan aroma daun kari tu…kalau hubby QH suka buh daun kari tu banyak2…baru sedap katanye…jenuh pula nak mengasingkan daun kari tu semasa makan…hihihi…

Pada Izah dan empunya resepi Kak Wana…QH mohon untuk meletakkan, kongsikan dan memanjangkan resepi ni di blog QH ni yer…terima kasih atas perkongsian tersebut…Jom la kita tengok dan sekodeng ape bahan2 yang diperlukan untuk resepi ni yer…sesambil tu sila menjamu mata ehhh…hehehe…selamat mencuba

Resepi Kari Telur
Resepi Asal: POTRET KASIH

Bahan2
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air ) – QH letak 1 bungkus kecil kari Baba’s
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
Ubi kentang - QH tambah
Tomato - QH tambah
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis

Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang
6. Kacau seketika dan angkat. 


Tags:

Share:

20 comments