LEMPENG PISANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Sebelum tu QH ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada sesiapa yang sudi singgah ke sini termasuk la teman2 yang sudi meninggalkan komen di blog ini…QH jugak ingin memohon maaf kerana belum berkesempatan lagi untuk menjenguk dan berjalan2 pula ke blog teman2…nanti QH akan cuba usahakan juga untuk berkunjung balas yer…rindu rasanye pada semua teman2 blogger yang lain…entah berapa banyak la QH terlepas dengan resepi yang sedap2 tu…

Biase la bile berhijrah ke tempat baru ni…tak semena2 kita akan jadi macam bodo2 gitu…hehehe…banyak benda baru kena belajar…kita pon akan menjadi sebaik2 umat la…tak buat perkara2 seperti kebiasaan tu…hihihi…padahal tangan ni dah gatal dah nak menekan blog dan FB…siap bawak bekal ipad lagi…tapi tu la terpegang la pulak…tapi masih bersabar lagi…nak skodeng dulu…nanti bile dah otai sikit…seminggu dua lagi ni…baru la nak naik toncang pula…hahaha…


Hari pertama ditempat baru memang agak membosankan…terasa masa begitu panjang sekali…letih menunggu masa nak balik ke rumah…tak seperti sebelum ni…masa amat berharga sekali…waktu rehat 1 jam tu pon…QH rasa macam 3 jam la pulak…hehehe…sempat lagi menyinggah ke KK Home Deco tu terletak dekat sangat dengan opis…sempat menghabiskan jelajahan 1 kedai kat situ…kalau di opis dulu…tak cukup masa rehat…hahaha…

Dah ade dah ternampak barang2 yang QH berkenan disitu…cuma hari ni takde mood untuk membeli…tunggu la Jumaat ni…nak memborong sikit kat situ…kebetulan QH pon memang dah lama tak membeli pinggan2 untuk blog QH ni…jemu jugak asyik guna set yang sama aje…alasankan…hahaha…memang semakin over bajet la dibuatnye setiap bulan…hehehe…


Ok la jom hari ni kita bersarapan dengan lempeng pisang yang agak geseng tu sikit…hehehe…bukan hangus atau rentung yer…tapi sedap tau…yang macam ni la lagi sedap…agak garing sikit2 tu…lempeng pisang ni sedap di makan panas2 tu…baunya pon semerbak 1 dapur…wangi dan sedap…menjadikan perut ni tak sabar untuk menikmatinye…

Resepi lempeng ni bukan ciptaan sendiri…hehehe…tapi QH ambil dari blog Potret Kasih…berkenan sangat masa duk skodeng resepi dari blog ni…banyak jugak resepi2 lain yang sedap2 dari pandangan mata QH ni…hihihi…tapi tu nanti QH akan cuba…pada empunya resepi ni…QH mohon untuk kongsikan dan panjangkan pula resepi ni di blog ini yer…terima kasih bebanyak…

Jom skodeng ape bahan2 yang diperlukan untuk lempeng pisang ni…selamat menjamu mata yer…hihihi


Lempeng Pisang

Bahan2
1  1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong
sedikit butter atau minyak
secubit garam

Cara penyediaan
1.  Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
3. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
4. Balikkan. Masak seketika dan angkat!


Share:

28 comments