IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Selamat bertemu kembali di pagi Isnin yang indah dan damai…moga mood pon akan kekal begitu sampai ke petang…hihihi…bile bermula minggu baru ni…bermula la jugak kesibukkan dengan kerja2 yang mendatang…huhuhu…tak nak la cerita bab kerja2 ni…tak bestkan…hehehe…

Sebelum tu QH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mane2 blogger dan teman2 yang lain…yang sudi mencuba resepi dari blog QH yang tak seberapa ni…harap percubaan resepi tersebut memenuhi selera anda sekeluarga dan yang penting sedap yer…hehehe…walaupon ade yang diolah sedikit takpe…sebab QH pon berbuat begitu jugak…hehehe…setiap hidangan tu mesti la kena ikut citarasa sendiri yer tak…



Dah lama sebenarnya QH nak bertanye…ade tak sesiapa antara blogger masak2 yang ade ni pergi ke ujibakat program Masterchef musim ke-2 tu…QH ade jugak mendapat beberapa ajakan dalam message di FB dari teman2 blogger dan FB…tapi ajakan tersebut tak dapat QH penuhi sebab belum berani lagi untuk mencabarkan diri dalam program tersebut…hihihi…

Tengok Masterchef Selebriti dan Masterchef musim yang lalu tu…beloh kecut perut la dibuatnye…silap2 masa ujibakat seterusnye tu QH dah dah layak kot…tak pandai lagi untuk mencipta resepi2 yang baru...masak sekarang ni pon masih lagi tengok resepi satu persatu…jadi kena hentikan la berangan nak pergi ke peringkat seterusnya tu…hahaha…pada teman2 yang telah ke ujibakat tersebut dan layak untuk ke peringkat seterusnya tu…QH nak mengucapkan tahniah yer…QH akan sokong anda semua dari jauh…^__^…semoga berjaya menjadi Masterchef untuk musim ke-2 tersebut…macam MC Izani tu…tak kurang hebatnye jugak macam KakShahriah Abdullah kita tu…siap ade buku masakan sendiri lagi sekarang ni…


Ok la…untuk resepi hari ni QH nak kongsikan resepi yang agak mudah jugak…bile dah mudah tu…tentu la penyediaannye pon senang aje kan…resepi yang dimaksudkan itu adalah Ikan Cencaru Sumbat Sambal…resepi ni memenuhi citarasa QH dan hubby…tak rugi mencubanye…ternyata sedap…cara masak ikan ni…QH menggunakan kaedah bakar dalam oven seperti dalam resepi di bawah…ikan tu akan sekata masaknye…

Ikan cencaru yang QH gunakan bersaiz besar sangat2…jadi untuk mengimbangi saiz ikan tersebut dengan rasa sambal tu…QH telah sumbatkan sambalnye dibahagian depan dan belakang ikan tersebut…hihihi…harap empunya resepi tersebut tak marah ehhh…hehehe

Resepi ni QH ambil dari blog Kak Amie@Amie’s Little Kitchen…beliau merupakan seorang guru yang sangat rajin tau…terdapat macam2 jenis masakan moden dan tradisional yang ade dalam blog Kak Amie ni…sila la ke sana yer…pada Kak Amie…QH mohon untuk kongsikan dan panjangkan resepi ni di blog QH yer…terima kasih banyak2 atas perkongsian resepi tersebut...jom la tengok bahan2 yang diperlukan tu...



Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru saiz besar - bersihkan, belah belakang, cuci  dan toskan

Bahan untuk sambal:
7 biji lada merah
7 biji cili padi
2cm belacan
4 ulas bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
1 labu bawang besar - belah 4 dan goreng
1 cawan udang kering - rendam 
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.
2. Masukkan bahan di atas ke dalam perut ikan.
3. Panggang ikan hingga masak - Amie masukkan dalam oven.


Tags:

Share:

30 comments