BANANA YEAST BREAD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu pada hari ni…ape khabar semua?? semoga anda semua sihat2 saja yer…cemburu bile melihat rakan2 blogger yang lain rancak menayang menu yang sedap2 tu…jangan kata QH tak tahu yer…hihihi…kat opis ni 24 jam QH duk tengok satu persatu menu baru diupdate…sedih hanya diberi kesempatan untuk melihatnya aje…pandang2 dan jeling2 saje…tak sempat untuk BW…tangan ni gatal jugak nak klik untuk mengomen…tapi boss lak duk lalu lalang kat belakang!!!...hukhuk…tapi besok ade rancangan untuk ubah kedudukan mejaku…jadi ade peluang la untuk untuk mencipta strategi yang baik punya…hahaha


Tapi tadi terkantoi jugak semasa duk laju menaip di FB…hehehe…siap sound lagi…dia tak kisah…faham…kalau FREE ape salahnye…cuma hati2 aje dengan pegawai yang lain…ahhh malu jangan cakap la…agaknya dia perli ker ape tak tahu la…hahaha…ye la baru 3 hari di situ tapi macam dah 3 tahun rasanye…tapi tak tutup pon FB dan blog tu…tetap menyelam jugak ke situ…dengan selamberrrr dek aje buat opis tu macam kita yang punya…kuikui…tapi QH langsung tak amik pusing dengan ape yang terjadi…janji kerja dah siap…

Jadi dengan keadaan sekarang ni…QH dah buat keputusan untuk mengurangkan sedikit aktiviti berblog ni…bile keadaan dah kembali terkawal dan QH pon dapat membahagikan masa dengan sebaik-baiknye…dapat la kita bertemu setiap hari macam dulu2 yer…tapi anda semua rerajin la yer singgah ke sini…hehehe…untuk BW pula...itu QH akan usahakan yer!!! semoga berjaya...hahaha


Ok la…bebel aje dari tadi resepinye tak muncul2 jugakkan…hihihi…jom tengok resepi roti pisang ni…puas sebenarnya mencari resepi yang berkaitan dengan pisang ni…masa ni untuk menghabiskan stok pisang yang dibeli tapi tak tahu untuk diape2kan…hahaha…masa tu jugak takde mood untuk makan kek, apam atau sebagainya…yang terfikir masa tu hanya ROTI!!...kepayahan mencari resepinye…terus minta pertolongan pada GOOGLE…jadi jumpa la resepi ni…

Resepi ni telah diambil dari Izah@Izah Muffin Lover…rupanye banyak lagi resepi roti yang sedap2 berada disitu…yang lain2 tu akan dicuba lain kali pula…hihihi…agak was2 jugak untuk mencuba roti pisang ni…takut tak menjadi…tapi akhirnye…haaa tak disangka gebuss semacam la pulak roti ni…membolatttt kejadiannya…sangat lembut dan sedap…nanti boleh la cuba yer…

Terima kasih pada empunya resepi dan Izah yang sudi berkongsi resepi ni…QH mohon untuk berkongsi dan memanjangkan resepi ni di sini pula yer…jom tengok resepi…zassss….

 
Banana Yeast Bread
souce: jkitchenlog

Ingredients
200 gr bread flour
1 tsp instant dry yeast
20 gr caster sugar
150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
40 ml milk
20 gr unsalted butter
1/4 tsp salt

*saya tambah setengah biji telur

Directions:
1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.

*doh roti ni agak lembik sikit, jadi saya tambah 2 sudu besar tepung lagi.

~ QH ikut cara Izah ~


Tags:

Share:

33 comments