SAMBAL IKAN KEMBUNG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Semalam QH tak dapat nak bersiaran…ade masalah lagi pada blog QH ni…di mana picasa album pula dah penuh memenuhi koata…jadi semalam QH terpaksa mengemaskini blog ni semula…tupon tak habis lagi…akan disambung lagi hari ni…semakin bertambah pula kerjanya di blog kesayangan ni…sedikit pening pon yer jugak…terpaksa klik satu persatu entri yang ade ni…untuk diedit semula…kalau tak kuat semangat boleh fengsannnn dibuatnya…mood pula mula la tak berapa nak elok jadinya…hehehe…aduyaiiii…

buat sementara ni QH terpaksa mendelete sementara sesetengah gambar2 yang ade…huhuhu…sebelum QH membeli atau menambah koata yang ade ni…sebelum ni QH tak tahu pon ape fungsi picasa album tu…tu yang kadang2 tu bubuh gambar sesuka hati banyaknya…hihihi…rupanya ade had dan koatanya jugak…atau ade cara yang lain ker???...nanti kongsikan yer dengan QH…lagi jimat lagi bagus…hehehe…


Ok la jom la ke resepi pula…kali ni QH nak kongsikan resepi masak2 pula…dah lama rasanyakan QH tak masak2 memasak dalam blog ni…memanjang baking membaking aje…hehehe…resepi kali Sambal Ikan Kembung yer…resepi ni QH ambil dari CMG@Dapur Tanpa Sempadan…kalau ikutkan resepi asal sambal ikan selar kuning…tapi macam biase QH ubah penggunaan ikan tu…tetiba aje terasa nak sangat makan ikan kembung tu…rasa macam dah lama sangat dah tak makan…hihihi…

Takpekan CMG…QH ubah sikit2…hehehe…QH memang suka jenis masakan yang macam ni…bertambah jugak makan masa ni…sedap sangat…dah sendiri masak sendiri makankan..hahaha…menu ni memenuhi citarasa kami…cara masakannye pon ringkas saje...jadi pada sesiapa yang teringin jugak tu…boleh la mencubanya pula yer…pada CMG mohon untuk kongsikan pula yer resepi ni di blog QH ni pula…terima kasih banyak2…jom tengok bahan2nya yer…


SAMBAL IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih*
5 ekor ikan kembung saiz sederhana*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kucai untuk hiasan (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Goreng ikan tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2.  Masukkan jus asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila pekat, masukkan bawang besar dan ikan goreng. Gaul rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan..


Tags:

Share:

25 comments