ROTI KENTANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Lewat hari ni QH bersiaran...mood tu agak ke laut la pulak...huhuhu...dari semalam lagi...mula tu pepagi tu nak siapkan entri ni...tapi dari pagi membawa ke petang...bile dah petang membawa ke malam pula...sudahnya bile dah malam tu...mata pon dah kelat2...terus tak buat ape2...hehehe...rasanya memang lumrahkan...ade masa2nya...kita rajin sangat2...ade masa pulak nak buat ape pon semuanya tak lalukan...hihihi...


Pagi ni di opis QH ade buat kenduri kesyukuran sikit...memang selalu jugak di opis ni mengadakan majlis sebegitu...masa ni la untuk berkumpul beramai2 dan menjamu selera sambil beramal...tengok la...kadang2 tu memasing akan bawak la ape2 jenis makanan...tapi hari ni kumpul duit sorang sikit dan order saje dengan katering...sesekalikan ape salahnya...lagipon senang...tak payah susah2 nak berkemas...hehehe...tu yang penting...lepas makan boleh terus tinggal balik ke meja masing2...hihihi...pastu boleh la mengadap FB atau blog ker lama2...hahaha...oppsss terkantoi la pulak...hihihi


Ok la disebabkan mood ke laut hari ni...kita teruskan ke resepi aje yer...resepi hari ni yang nak kongsikan adelah roti kentang pula...resepi ni pon bukan baru lagi dah...dah lama jugak...cuma QH aje yang agak ketinggalan dan baru nak mencuba...biase beli roti ni kat carrefour aje...tapi kali ni nak mencuba buat sendiri pulak...macam biase bile dah menguli guna BM memang takde apa2 masalah dan senang...kejadiannya pon amat sempurna...cuma rupanya tu agak mengerutu sikit...hehehe

pada sesiapa yang masih menguli menggunakan tangan memang QH tabik spring toing2 la...kagum sesangat dengan kegigihan dan ketabahan anda itu...kalau QH tak tahu la macam mane ketabahan itu...hihihi...

Resepi ni QH ambil dari blog K.Nor@Secubit Garam...QH jugak ikut macam cara Kak Nor...cuma saiz roti aje agak berbeza sikit...buat besar2...hihihi...pada Kak Nor...QH mohon untuk meletakkan resepi roti ini di sini pula yer...terima kasih bebanyak...jugak terima kasih pada empunya resepi ni...sedappp

 
ROTI KENTANG
Sumber: Che Mat Gebu

Bahan Doh :
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Caranya
 Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.


 
CREAM CUSTARD
Bahan2 - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

Caranya :
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.


 
UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Yg ni lebihan doh setelah buat bun. K.Nor ikut saranan Che Mat utk buat 30gm bg sebiji doh, jd letak dlm loyang tu muat2 utk 16 bj. Saja buat kecik2 sedang elok saiznya dan mudah nak ngap. (QH buat 12 saje..beso2). Lebihan doh tu K.Nor buat jer cam gambar kat atas ni, kelar2 sket dan picitkan krim kastard sebelum dibakar. Dpt la 4 bj bun cam tu, ok gak kan :)..(QH masukkn dlm cup)


Tags:

Share:

18 comments