RICH OREO CHOC BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua??? Cuti panjang la pulak blog Qasey Honey ni yer...hihihi...nasib baik tak sempat nak bersawang bagai…hihihi…tetiba QH sibuk sikit beberapa hari yang lepas ni…sempena cuti sekolah ni…kawan datang ke rumah untuk bercuti dan bawak anak2 berjalan2 di sini…tu yang tak sempat sangat nk BW blog teman2 yang lain…FB aje sempat dibuka kejap2…tupon memanjang LIKE aje…hihihi…

Adekah nanti blog QH jugak akan tenggelam timbul lagi lepas ni…entah la…tak tahu nak diperkatakan…sebab lepas ni QH akan bertukar tempat kerja pula…takde lagi la ditenggelami dengan buku2 resepi atau novel2…huhuhu…lepas ni kena la membeli semula mane buku2 resepi yang berkenan di hati tu…dah tak boleh nak pinjam2 lagi dah…


yang paling penting sekali…entah boleh atau tidak untuk sepanjang hari berblog…hukhuk…tak tahu jugak macam mane kat tempat baru tu nanti…adekah sama macam di opis sekarang ni atau terlalu sibuk sangat…tu la yang mengusarkan QH sekarang ni…bukan taknak beralih angin…cuma di opis lama ni dah agak berlemak…lemak tepu lagi…hihihi…segala kemudahan untuk berblog ade secukupnya…dah pilihan kerja gomen…semua tu adelah lumrah…cukup tempoh kena la beralih tempat bertugas yang lain pula…begitu la seterusnya…

Kebiasaannya nak menyesuaikan diri lagi dengan teman2 yang baru…bab kerja mungkin takde masalah rasanya…sebab QH bab kerja2 ni memang tiptop…hahaha…perasan la sangat!!...Kalau ikut pada surat pertukaran tu…QH akan melapor ke tempat baru pada 4hb Jun ni…tapi mintak tangguh 2 minggu lagi untuk menyelesaikan dan serah menyerah tugas yang ade tu dulu…hukhuk..sedeyyyyy la pulak…

Jadi buat masa sekarang ni…QH agak sibuk sedikit la…kalau sempat QH akan singgah ke dapur teman2 yang lain seperti biase yerk…


Ok untuk resepi kali ni…QH nak kongsikan Rich Oreo Choc Brownies pula…kalau brownies ni resepi macam mane pon tetap sedap rasanya…termasuk la yang ni…brownies ni kena manis2 sikit baru sedap…tu kalau ikut citarasa QH la…lagi satu suka di makan masa hangat2 sikit tu…kebiasaan bau brownies ni memang akan membuatkan kita tak sabar untuk mengunyah dan mengigitnye…semerbak satu dapur baunya ketika membakar…lagipon proses untuk membuat brownies ni senang aje…

Resepi brownies ni QH ambil dari blog Kak Ayu@Curlybabe’s Satisfaction…banyak lagi resepi brownies yang QH berkenan dari kak Ayu ni…semuanya nampak sedap dan menyelerakan…nanti QH akan cuba 1 persatu yer…

QH mohon pada Kak Ayu…untuk kongsikan pula resepi brownies yang sedap ni untuk diletakkan di blog QH ni pula yer…terima kasih…


Rich Oreo Choc Brownies

Ingredients:-
225g/8oz butter
240g cooking chocolate-(I used semi sweet chocolate)
3 large eggs(I used 4 small eggs)
1 tsp coffee powder( I used nescafe powder)
1 tsp essence vanilla
250g castor sugar(I used 200g)

*60g flour
*40g cocoa powder
*1/2 tbsp Baking powder
*1 tsp salt
(*mixed together)

11/2 packets oreo cookies-break and mix with 15g flour-(1 pack = 137g but no need so accurate)-(I used about 9 pieces)

Method:-
Melt chocolate and add butter. Stir till smooth. Whisk eggs, coffee powder, essence vanilla and sugar till smooth. Add in chocolate mixture and stir well. Fold in flour mixture until well mixed. Finally fold in oreos. Bake at 170c  for 45
minutes.

Loyang 10”x10”



Share:

25 comments