PIZZA MINI WAFFLES


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Salam sayang semanis gula jugak dari QH untuk pengunjung blog ni yer…

Nampaknye semalam banyak lagi blog yang tak sempat QH nak terjah…bile punya masa sesambil tu nak jugak la edit gambar pon tergendala …semuanya gara2 komputer di pejabat buat ragam pulak…kejap2 ‘hang’…dah bape kali restart macam tu jugak jadinya…nak disumbatkan ke wad agaknya…hihihi…

terasa jugak geramnya bile computer tu buat hal..melambatkan kerja yang tertangguh…tapi computer tu banyak juga jasanya pada QH…hehehe…agaknya penat sangat kot…hari2 QH godek2 setiap saat tanpa henti…kecuali hari bercuti la…hehehe…merajuk la tu…terasa la pulak kesusahannya…nak mengangkut lappy ke opis…aduhhh malasnya nak diangkut ke sana sini…nak dijaga lagi…kat opis QH barang2 berharga kena jaga2 sikit…banyak kes dah hilang barang berlaku…

Dirumah ni pulak…tak tahu la…2-3 menjak ni line broadband problem memanjang…line tenet macam siput yang semput…nak loading blog sikit la punya lama…upload gambar lagi la…sempat tidur bangun balik pon tak siap2 lagi uploadnya…dah macam episode lepas geram la pulak entri kali ni…hehehe…tapi rasanya bile ade yang merasakan masalah yang sama…mesti akan rasa ape yang QH rasakan sekarang ni kan…ok la tak perlu la nak berasa sedih dan geram sangat…(^_^)


Untuk hari ni QH nak kongsikan resepi yang simple dan senang…tapi sedap tau…Mini Pizza Waffles…ilham resepi ni QH ambil dari blog K.Kida@1001 Resepi…sangat berkenan dengan resepi ni semasa K.Kida buat tayangan tempoh hari…dan sangat kagum dengan idea kreatif K.Kida ni…mempelbagaikan resepi…

Tapi resepi ni QH telah olah sedikit mengikut selera sendiri…takde sukatan khas untuk bahan yang nak digunakan…semua ikut cukup rasa…boleh letak ape saje bahan2 yang diinginkan mengikut selera masing2…senangkan tak perlu tension2 bile nak cuba sesuatu masakan tu…tension pon bile asyik memikirkan jadi ker tak kan…resepi ni untuk happy2 saje…

Kat bawah tu jugak QH ade sediakan cara2nya dan gambar setiap langkah yang dah QH buat…sama macam K.Kida…senang sikit bile kita nak menirunyakan…sebelum terlupa mini pizza ni sedap dimakan panas2 tau…sebab waffles masa tu sangat lembut…bile dah sejuk tu agak keras sikit wafflesnye…hihihi
Ok la pada K.Kida…QH mohon untuk berkongsikan pula idea, resepi dan kreativiti  akak diblog QH pulak yer…untuk dikongsikan bersama2 teman yang lain…terima kasih bebanyak yer…jom tengok ke bawah…


PIZZA MINI WAFFLES
Olahan: Qasey Honey

Bahan2
4 keping instant waffles – boleh tgk di SINI
1 tin kecil sardine - dibuang sosnye
2 sb sos cili*
2 sb sos tomato* disatukan
Sedikit dry pizza seasoning
Lada capsicum merah
Daun ketumbar
Mozarella cheese

Caranya


1. Sediakan instant waffles secukupnya.

2. Sapukan campuran sos cili dan sos tomato tadi

3. Taburkan sedikit dry pizza seasoning (jika tiada boleh skip yer) ikut suka jugak yer



4. Contoh dry pizza seasoning. Boleh dibeli di bakery shop.

5. Selepas tu letakkan ikan sardine yang telah dihancur kasar. QH buang sosnya. Jika suka nak letak pon boleh – ikut selera.

6. Taburkan hirisan lada capsicum merah, hijau atau kuning secukupnya.


7. Taburkan pula hirisan dau ketumbar secukupnya.

8. Akhir sekali taburkan mozzarella cheese untuk toppingnya.

9. Boleh la dibakar dalam oven pada suhu 200C selama 5 – 7 minit.

10. Bile dah masak keluarkan dari oven dan hidangkan. Sedap di makan panas. Siap dan senangkan.

 


Share:

25 comments