KEK SPAN STRAWBERRY & BLUEBERRY

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar semua?? Macam mane dengan sambutan hari ibu yang lepas…mesti meriah dan seronokkan…mungkin ramai yang menyambutnya diluar makan bersama2 dengan anak2 atau berkumpul dan buat makan2 dengan adik beradik yang lain kan…

Mak QH pon sambut hari ibu dengan adik2nya yang lain jugak…kebetulan hari tu makcik QH buat kenduri…jadi bile dah berkumpul tu…sambut sekali la ramai2…QH kat KL aje…lagipon seperti tahun2 yang sudah QH tak sambut pon…sama jugak dengan biras QH…sebab masing2 belum lagi bergelar IBU lagi…mungkin belum ade rezeki lagi kot…terharu jugak dengan ucapan2 hari ibu yang QH terima dari teman2 kelmarin…takpe QH tak kisah dah lali pon…lagipon anda semua pon tak tahukan…



Mengenai sambutan hari ibu ni…QH ade jugak terbaca beberapa artikel mengenai sambutan hari ibu ni…ade beberapa kenyataan mengatakan sambutan ni haram di sambut oleh umat islam…kerana sambutan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama Kristian…

pada QH yang penting niat kita tu…nak sambut hari ibu untuk ibu@mak kita yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita tu kan…lagipon kita sambut dengan cara kita yang tersendiri bukan berlebih-lebihan atau terikut2 dengan cara orang barat yer tak…cehhh dah macam ustazah la pulak…hehehe

Ok la jom la kita ke resepi…lagi pon QH tak punya banyak masa nak berceloteh seperti biase buat masa sekarang ni…banyak benda yang menanti untuk dibereskan…hehehe…


Untuk resepi hari ni…dah tentu2 la semua tahu kan…apa yang QH nak kongsikan…sebab QH dah tayangkan kek ni pada entri yang sebelum ni kan…sebenarnya QH pon tak tahu nak namakan kek ni ape…puas fikirkan nama yang sesuai untuk kek yang sedap ni…jadi buntu sekejap…hihihi…tapi fikir punya fikir…QH namakan Kek Span Strawberry & Blueberry saje…hehehe…

Resepi kek ni QH ambil dari blog Rahel@I Love Cake…untuk kek seperti yang QH buat ni…QH memerlukan 2 buku kek dengan rasa yang berlainan…strawberry dan blueberry…QH menggunakan Loyang 4segi yang bersaiz 8”…agak mudah juga buat kek ni…bahan2 pon tak rumit…memang dah tersedia ade dirumah pon…

Kek span ni rasanya sedap tau…pastu teksturnya pon lembut dan gebu…rasanya seolah2 macam kita makan span la pula…walaupon QH belum ade lagi pengalaman macam mane rasanya makan span tu yer…hahaha…macam kek yang biase beli kat kedai t upon ade jugak…tapi tentu2 la buat sendiri lagi sedap…

Untuk kek ni jugak…QH cuba2 untuk belajar buat bunga mengunakan icing…agak kelakar juga bentuk bunga yang QH buat tu…tapi bile dalam gambar tak nampak sangat kot cacat celanya…hehehe…itu pon berkali2 juga QH mencubanya…memula tu memang tak menjadi langsung…QH teruskan mencuba…akhirnya ade la nampak ade bentuk2 bunga ros tu kira jadi la tu kot…hihihi…

Mari tengok ape resepi2 dan bahan2 yang diperlukan untuk kek ni…pada Rahel…QH mohon untuk memanjang dan berkongsi pula resepi kek ni di sini pula yer…jangan lupa mencubanya pula tau… 


Kek Span Strawberry
Sumber:Buku Resepi

Bahan2:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/tpg superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak/mentega cair
1 st esen vanila
1 sb strawberry emulco

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 9", griskan dg mentega dan alas dengan bkg paper. (QH guna loyang 4segi)

2. Satukan bahan bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.

3. Tuang adunan ke dlm acuan. Bakar selama 45 minit.Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia sejuk,kemudian bahagi tiga untuk diberi krim. (QH bahagi 2)


Kek Span BLUEBERRY
Sumber:Buku Resepi

Bahan2:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/tpg superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak/mentega cair
1 st esen vanila
1 sb blueberry emulco

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 9", griskan dg mentega dan alas dengan bkg paper. (QH guna loyang 4segi)

2. Satukan bahan bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.

3. Tuang adunan ke dlm acuan. Bakar selama 45 minit.Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia sejuk,kemudian bahagi tiga untuk diberi krim. (QH bahagi 2)


Cream Cheese Frosting

Bahan2
125gm cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon
Chocolate Rice - optional

Caranya
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.



BUTTERCREAM

Bahan2 ( sebiji kek )
  • 250 gm shortening
  • 125 gm krimwell
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1.     Pukul shortening dan krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Titis embun tu QH guna piping jelly

Icing Rose

Bahan2
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2 nanti adunan jadi lembik.
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
 

Tags:

Share:

34 comments