HOMEMADE ICECREAM MOCHA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang indah ni...sebelum tu QH nak bertanye la…ade ape2 masalah lagi tak mengenai blog QH ni…sebab QH masih mendapat feedback mengatakan blog ni tetap ade masalah…tak keluar tulisan dan tulisan tak terang…ni dari kawan QH sendiri…memang QH tengok sendiri bile dia buka dari PCnye…anda semua ade mengalami keadaan yang sama ker…atau ade masalah lain ker…jika ade tolong bagitahu yer…supaya QH boleh mengatasi masalah2 yang ade tu…huhuhu

Lagi 1 baru2 ni QH ade kemaskini senarai bloglist yang QH telah follow…ade 2 senarai bloglist sekarang ni…hihihi…jika ade blog2 yang QH terlepas pandang untuk disenaraikan di bloglist tersebut…pon tolong bagitahu yer…sebab banyak sangat jadi takut ade yag tercicir…hehehe…jangan berkecil hati pulak tau…jika anda bagitahu nanti terus QH update dan senaraikan blog anda dalam senarai bloglist tersebut yer…hehehe…


Sebelum tu maaf yer…sebab pepagi lagi QH dah duk menayang aiskrim la pulak…hihihi…amat tidak sesuaikan…buat kecur orang aje…nanti ade pula yang sarapan roti canai cicah aiskrim pulak…hahaha…

Sekarang ni semuanya nak buat sendiri termasuk la aiskrim ni…rupanya amat mudah aje bile buat sendiri tu…tak sempat berpeluh pon duk kat dapur tu…hehehe…resepi ni QH ambil dari Facebook oleh Noraslinda Bugal…resepi ni jatuh cinta pandang pertama jugak tau…lepas nampak resepi ni…QH terus buat tanpa berlengah2 lagi…kebetulan bahan2 pon memang ade kat dapur tu…jadi dapat la meneruskan projek membuat aiskrim ni…

Untuk permulaan ni…QH buat separuh adunan dulu…takut2 la tak menjadikan…tupon dah dapat banyak jugak tau…resepinye pon QH olah sedikit…QH buat satu perasa aje iaitu perasa mocha…jika nak lihat resepi asal sila klik di SINI yer…tak menghampakan bile mencubanya…kejadiannya pon sempurna…

Aiskrim ni pon tak kurang hebatnya jugak rasanya…sedap…sama macam yang kita selalu beli tu…cuma kat gambar2 yang terakhir tu nampak aiskrim tu dah mencair sebab lama sangat masa sesi photoshoot…hehehe…kalau tak elok saje kejadiannya…ohhh yer nampak tak dalam bekas askrim tu bahagian bawah tu agak gelap sedikit kalernye…yang tu coklat chip berkumpul di bawah…ianya jadi macam tu dengan sendirinya…

Ok la sebelum aiskrim terus mencair lagi dan anda pon terliur2 mlihatnya…jom tengok resepinya yer…jangan lupa buat tau…pada empunya resepi…Noraslinda Bugal…QH mohon untuk memanjang dan berkongsi pula resepi ni disini pula yer…terima kasih bebanyak…


Homemade Ice cream mocha

BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
Mocha emulco secukupnya
Coklat chip - optional


CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk

Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)

Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)

Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu

Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan

Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat

Letak mocha emulco secukupnya dan tambah coklat chip jika suka

Tuang adunan ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut. Masukkan ke dalam peti ais. Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.


Share:

24 comments