CUCUR KETAM DARI IZAH IML


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Kembali bersiaran untuk hari ni...semalam off 1 hari...hehehe...tak tahu la kenapa semalam jadi begitu...cukup malas untuk update entri...asyik buka tutup...buka tutup untuk entri semalam...susah betul nak siapkannye...penyudah tutup terus...hahaha...puashati sekejap...tapi dalam hati jeles la pulak bile tengok blog2 lain menayang entri masing dengan menu2 yang sedap...hihihi...

Ohh yer sebelum terlupa QH nak ucapkan TAHNIAH kepada empunya blog Rahel@RAHEL Masak Apa Tu?, Kak Diana@Sky Blue’s Kitchen dan Kak Shiela@SpicesJourney...yang berjaya menembusi majalah JELITA untuk bulan Mei 2012...1 permulaan yang baik untuk anda bertiga...(^_^)

Semalam di FB kecoh pasal penyebaran youtube mengenai bayi yang kena dera dengan ibunya sendiri…yang mendapat perhatian dan respon dari penonton2 FB amnya…sampai keluar di Buletin Utama malam tadi…mesti ramai yang melihatnyakan…apa la salah budak tu sampai diperlakukan macam tu sekali…maknya tu memang 1 hal la kan…memang berakal…yang tukang rakam tu takkan la takde otak jugak…boleh diperhati dan dibiarkan aje budak tu terus dipukul…patutnya amik dan selamatkan la budak tu…kalau ikut logik la kan…ntah la ape punya manusiakan…nasib baik perkara ni dah diambil tindakan dan ibunya itu telah diberi hukuman yang setimpal…kesian dengan nasib budak tu kan…

 

Malam ni best sikit ketika update entri ni…sesambil menyiapkan ni…QH ditemani dengan filem hindi di TV2… Kuch Kuch Hota Hai…box-office tu…sesekali layan bollywood best jugakkan…hehehe…hampir 12 tahun kot cerita ni…walaupon dah berkali2 menontonnya…tak jemu2..lagu2 dalam cerita ni pon best2…mesti ramai yang menontonnya jugak malam ni…hehehe

Besok terima la nasibnya pulak yer…hihihi…mesti ngantuk habis kat opis…memanjang menguap aje la…hahaha…layan cerita fav punya pasal…nak cari CD atau DVD memang susah cerita ni…kat internet pon takde kalau nak download…

pernah dulu sebab minat sangat dengan cerita Kuch2 ni…lagi2 kat heroinnya tu…Kajol… sampai pernah la masa zaman muda belia dulu QH meniru rambut macam Anjali masa remaja tu…hahaha…memang kelakar habis kalau teringat…hihihi…masa tu zaman jahiliyah lagi...tak bertudung lagi masa tu…hehehe…potongan rambut pendek dan kemas…


Ok la…macam2 pulak ceritanya malam ni…hehehe…jom masuk bab resepi yer semua…

Kali ni QH nak kongsikan resepi cucur pulak…Cucur Ketam…resepi ni dah lama dah QH buat…cuma lambat aje tepekkannye kat blog…hehehe..memanjang siaran lewat…hihihi…resepi ni QH tengok dah ramai jugak blogger lain yang dah mencubanya…boleh tengok di SINI, SINI dan SINI…dengan versi masing2…maaf yer jika ade yg tak disenaraikan…

Resepi asal cucur ni dari Kak Q tapi telah diolah sedikit oleh Izah…bukan Izah Ombak Rindu tu yer…tapi Izah Muffin Lover…hehehe…jangan marah yer…QH ambil resepi ni dari Izah dan ikut caranya jugak…memang sedap tau cucur ni…sangat lembut walaupon dah sejuk…bertambah sedap lagi bile dicicah dengan sos cili lingam tu…sangat kena betul bile disatukan… nanti cuba jugak la yer…

Ok sebelum menamatkan entri untuk hari ni…QH mohon pada Izah untu memanjang dan berkongsi pulak resepi ni di sini yer…terima kasih daun keladi…nanti QH nak ambil resepi dari Izah lagi…hehehe…cehhh pantun 2 kerat la pulak…jom la tengok resepinya…

 
 
CUCUR KETAM
olahan dari resepi: Cucur Kucai kak Q

Bahan2
1 1/4  cawan tepung gandum
10 btg jejari ketam
1/2 biji bawang besar - saiz sederhana
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam 
3/4 sudu teh baking powder - sudu rata
1/2 sk pati ayam * izah tambah
1/4 cawan air
1 biji telor

Cara2
1. masukkan air, telor, bawang besar dan blend bahan tadi.

2. dalam mangkuk besar masukkan tepung, baking powder, garam, pati ayam, serbuk kunyit dan jejari ketam dipotong dadu dan gaul rata...kemudian masukkan bahan2 blend tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam peti ais dalam 20-30 minit....biar dia peram kat dlm peti ais dulu....

3. panaskan minyak dan bolehla goreng cucur tadi...saya kalau nak dpt bentuk sekata...guna scoop aiskrim...guna sudu pun boleh...ikut suka...dah kuning boleh la angkat....potong2 kuih tadi dan bolehla curahkan kuah sos cili kat atas dia dan boleh la makan...


Tags:

Share:

23 comments