SEAFOOD PIZZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Semangat nak buat entri pepagi lagi…bukan ape untuk memudahkan kerja2 yang lain…ape kerja yang lain tu??? Hehehe…kerja sekodeng ke dapur teman2 yang lain la…bile dah siapkan entri ni awal2…QH boleh berjalan 1 hari ke dapur orang pulak…cari dan simpan resepi2 yang berikutnye…yang mane berkenan di hati ni…hihihi…

Dah terbukti dah semalam…memang amat senang sekali…habis semua blog yang QH ketahui QH terjah…amat senang sekali lagi bile tak diganggu oleh sesape semalam…hanyut dalam dunia maya sorang2…lagi pon QH puasakan semalam…jadi berkelakuan amat sopan dan menjaga tingkah laku sesangat…hahaha…nanti bile dah berborak seperti biase takut pula akan terngumpat bagai tu…memang mengelak tapi tetap akan termasuk juga ke jalan tu…hehehe…dah kurang pahala puasanye…hihihi…

Menu untuk hari ni bukan la menu yang QH buat untuk berbuka puasa semalam…petang semalam QH tak buat ape2 pon…isnin hingga jumaat memang gantung kuali, periuk belanga tinggi…biar tak sampai…hehehe…dapur memang tak akan berasap la gamaknya…


Buka puasa semalam ape yang QH buat hanya la membeli saje juadah ape yang rasa2 teringin tu…hihihi…QH berbuka dengan nasi dagang dengan kari ayam ditambah pula dengan telur masin…perghhhh memang lazat sekali…hahaha…airnye pula…QH beli air kepala muda…tapi minum sikit aje…takut kembung dan angin pula nanti…patutnya air kelapa tu tak beli pon takpe…teringat pon bile dah siap membeli…baru teringat kat rumah pon ade berbiji buah kelapa yang belum diketahui lagi untuk dijadikan ape??? ade cadangan tak…tolong QH yer…takut membazir macam tu saje…

Buah kelapa tu QH beli semasa bercuti kat kampong hari tu…berkenan la pulak tengok setandan buah kelapa tu…asalnya nak beli buah mangga aje…hubby dah cakap dah beli sebiji dua aje cukup…tapi akibat sikap tamak haloba tu…nak setandan tu jugak…hubby ikutkan aje la akhirnya…lagipon yang akan mengerjakan buah kelapa tu besok dia…bukan QH pon…hahaha…masih lagi mencari resepi yang sesuai, senang dan simple saje…hihihi…

Hmm ok la…jom kita masuk ke resepi hari ni yer puan2 dan tuan2 semua…


Untuk resepi hari ni QH buat Seafood Pizza pulak…dah sedia maklum la kan…tengok pada gambar2 tu semua…bukan rahsia lagi dah…hehehe…buat pizza ni merupakan projek QH dan hubby…tetiba malam tu teringin nak makan pizza pulak…tu yang gambar2 tu semua kurang memuaskan...bahan2 memang dah tersedia ade dah pon…tinggal untuk menjadikannya aje lagi…bile dah ade BM tu senang la terus bagi tugas untuk menguli doh tu dulu…sesambil menunggu doh tu diuli…QH sediakan bahan2 yang lain…

Senang aje buat pizza ni…main campak2 aje ape bahan yang nak digunakan…dohnya saje yang nak kita buat betul2…untuk bahan topping tu…ikut citarasa masing2…nak kurang ker banyak ker tu semua terpulang…tapi nasihat QH…jangan la ikut macam QH buat ni…letak sepenuh2nya bahan2 topping tu…akhirnya bile makan jadi muak la pulak…hehehe…tu akibat sikap tamak la tu…lain kali kalau buat lagi letak bahan2 tu sikit2 aje…biar macam ala2 kedekut gitu…lagi sedap QH rasa…mesti kita rasa nak makan lagi dan lagi kan bile tak cukup…

Sebabnya jadi gitu…ye la bile makan di pizza hut atau dominos pizza tu…tengok la macam mane isinye tu kan…macam ala2 letak aje…punya la kedekut…tapi sebenarnya itu la sedap…

Resepi untuk doh pizza ni QH ambil dari tulip77@myresipi...yang lain2 tu QH ikut citarasa sendiri…sos pula QH tak menggunakan resepi seperti dibawa tu…QH menggunakan pizza sauce mix yang dibeli di bakery Bagus tu aje…lain kali QH akan cuba nanti…sebab buat pizza ni dah malam…jadi bahan2 pon nak yang dah ready aje…hihihi….

Pada tulip77@myresipi…QH mohon untuk kongsikan resepi yang QH ambil ni untuk diletakkan di sini pula yer…terima kasih bebanyak…


SEAFOOD PIZZA

Doh
Bahan-bahan ( loyang 11" )
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli

Cara-cara 
 1.    Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan. 

2.  Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.

3.   Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. 


sos pizza – QH guna pizza sauce mix
Bahan2
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula

Cara-cara
1.     Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar. 


Topping
Bahan2
  • Udang, sotong dan crabstick
  • Lada benggala hijau atau merah
  • Keju Mozzarella dan pizza topping jenama Emborg

Cara-cara
 1.        Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

2.     Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.

3.      Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

* Cara QH – Taburkan sedikit mozzarella cheese (ikut citarasa). Taburkan pula lada benggala, udang, sotong dan crabstick serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan pizza topping.

4.     Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.


Share:

22 comments