KEK CHIFFON OREN PANDAN

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Yehhh hari ni QH dapat bersiaran di awal pagi…sebab dah siapkan entri ni malam tad…tu pon sambil ngantuk buat entri ni…sampai tersembam jugak la muka ni kat atas keyboard…hehehe…ngantok bena rasanya masa tu…tapi kena siapkan jugak entri ni malam tadi…sebab hari ni QH ade aktiviti lain…

Sekarang kat PWTC sekarang ni tengah berlansung pameran DSA 2012…pameran ni bermula dari hari Isnin hari tu 16 April hingga 19 April ni…hari ni merupakan hari terakhir dah…baru dapat kesempatan untuk meninjau dan menyibukkan diri ke situ dengan kawan2 QH…hihihi…kalau ikut rancangan dengan kawan2…hari Selasa tu nak pegi dah…tapi QH kan tengah berkursus pula masa tu…jadi terpaksa ditangguhkan dahulu…jadi kengkawan QH pon kena tunggu QH dulu la…kalau tak nanti tak pasal2 QH merajuk 2 tahun la pulak nanti…hehehe…menggade2kan…hahaha…

 
ape DSA tu yer…kalau nak tahu DSA tu adalah Defence Services Asia…yang diadakan setiap 2 tahun…rasanye tak dibuka untuk orang ramai kot…sebab kebanyakkan pengunjung di kalangan orang Mindef sahaja…cehhh bangga dengan kelebihan yang ade tu kan…tak pasal2…hahaha…pameran ni lebih kepada ketenteraan…dapat la tengok senjata2 dan peralatan yang digunakan untuk berperang tu semua…kot2 ade sesape yang berminat nak beli senjata boleh la ke situ…hehehe…

sekiranya jadi la QH ke situ…QH akan sharekan serba sedikit gambar ketika QH kat situ yer…tapi macam takut la pula nak letak kat blog ni...entah benda tu sulit ker mane kita tahukan…pameran DSA ni merupakan kali kedua la QH ke situ…tak tahu la tahun ni macam mane pula keadaannya…kali pertama QH pergi pada tahun 2010…dari pagi sampai ke petang jugak la QH ade kat situ…bergambar sana…bergambar sini…sudahnya letih sesangat…naik bas terus tido…hehehe…kenderaan untuk ke PWTC tu disediakan…jadi takde masalah la nak cari parking…nampak macam sangat aktifkan QH ni…kejap ke sana…kejap ke sini…hihihi…

Jadi untuk entri kali ni QH mengunakan auto update…mungkin ketika entri ni keluar…QH mungkin berada di dalam perut bas dalam perjalanan ke PWTC tu…atau kalau tak ke sana mungkin QH akan menyaksikan sendiri entri tu terupdate…hahaha


Ok la dah nak masuk ke resepi ni yer…hihihi…untuk hari ni QH kongsikan pula resepi kek chiffon pula…kali ni Kek Chiffon Oren Pandan yer…kek chiffon ni permintaan dari hubby QH…dia memang suka sangat kek chiffon…hubby QH mulanya nak kek chiffon satu perasa oren dan satu lagi perasa pandan…mula la terasa malas bile kena buat 2 kek lain2 rasa…sudahnya QH terfikir untuk buat dua rasa sekali…sebelum tanye dulu kat hubby…ok tak kalau macam tu…dia cakap tak kisah…ape lagi terus la pepagi tu QH membakingnya kat dapur…jadi tercipta kek chiffon tersebut…

Lagipon QH pernah buat juga sebelum ni kek yang sebegitu…dengan 3 rasa lagi…boleh tengok kat SINI yer…resepi untuk kek chiffon ni pon QH masih menggunakan resepi yang sama…cuma diubah sikit dari segi kaler dan rasa sahaja…rupanya pon lain…kali ni menggunakan mould silicon dan berbiku2 sepertimana macam dalam gambar kek tu…

harap maaf gambar mould tu tak disertakan yer…lain kali la QH bubuh tau…jadi anda semua bayangkan aje la macam mane rupanya mould silicon yang QH gunakan tu ehhh…hehehe…mould ni pon tak la besar mane pon…comeiii sahaja…jadi adunan yang lebih tu…QH menggunakan mangkuk kertas pula…jadi ade 2 versi jugak kek ni…hihihi…ok kan…memang tak menghampakan resepi kek chiffon ni…terima kasih bebanyak pada empunya resepi yang sedap ni…

Jom la tengok resepinya tu ehhh…walaupon dah berkali2 tengok resepi kek chiffon yang lain2 tu…hehehe…lagi satu…cuba juga tau…hehehe


Kek chiffon pandan dan oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber: FB Jom Masak

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren - 

1 st pes oren
1tbsp pandan paste + pewarna hijau
1tbsp oren paste + pewarna oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar


Caranya:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan serbuk krim tartar. Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 7 minit.  Apabila adunan ini dicolek dengan jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan. Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan gaulkan.Kemudian masukkan 1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.




Tags:

Share:

34 comments