CORNFLAKES BIJAN BERLADO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Ape khabar anda semua…mudah2an sihat la yer…macam mane cuti semalam best tak…cukup tak??? Hehehe…tentu la tak cukupkan…tapi boleh untuk merehat2kan diri yer tak…QH hari ni sambung cuti lagi sampai besok…balik ke kampong halaman…yahoo…best sangat…tapi badan la pulak tak berape nak sihat…kembali selsema dan batuk…huhuhu…gara2 hubby dan rakan2 terkena penyakit tu dulu…penyudahnya QH la…semakin berusia ni semakin kurang lak antibodi...agaknya la kot…hihihi…

Sekarang ni kat kampong QH musim hujan kot…sebab semalam QH sampai sini pon hujan dengan selebat2nya…tengok langit pon macam lain macam aje…mungkin ade kaitan kot dengan kejadian gempa yang berlaku kat Acheh petang semalam…kita sama2 berdoa la untuk dijauhkan malapetaka seperti itu…katanya banyak tempat jugak yer yang merasa gegaran tu…semasa kejadian tu berlaku QH dalam perjalanan menuju ke kampong…minta semua lebih berhati2 la yer…terutama pada mereka2 yang mane duduk berdekatan dengan pantai tu…


Dah kampong ni best la sebab celik mata aje makan minum dah tersedia…apalagi mak QH la yang menyediakan tu semua…QH kan tetamu…hahaha…perasan sangat!!! Padahal sebab MALAS yang ade…hehehe…apa salahnya kan nak bermanja2…dah lama pon tak merasa airtangan masakan mak QH…tentu la rinduu…asyik kita yang masak aje…jemu jugakkan…

Sementera berehat kat kampong ni…dapat la QH BW blog kengkawan lama sikit…takde gangguan macam kat opis dengan kerja2 tu semua…hehehe…sementara tu jugak sedang QH berblog ni…sesambil tu sekarang ni toys baru QH tu sedang menguli roti…senangkan…sementara BM tu berkerja keras…tuannya boleh buat kerja lain dulu…

Projek2 QH masih diteruskan seperti biase bile punya masa @ bercuti…buat projek masak2 kat kampong lagi seronok sebab family QH ade…walau tak semua berkumpul…dapat la adik2 dan mak abah QH merasa…selama ni diorang tengok kat alam maya aje…tahan liur anaknya menayang macam2 menu…hehehe…sebab diaorang pon tengok jugak blog QH ni…


Untuk resepi kali ni QH buat Cornflakes Bijan Berlada pula…teringin nak rasa macam mane rasenya…biase cornflakes ni kita buat cornflakes coklat dan dimadukan aje kalau tiba nak raya tu kan…resepi kali ni telah diolah sape lagi kalau bukan CMG kita dari Dapur Tanpa Sempadan…tak pon kita biase makan kerepek ubi yang disambalkan…yang tu dah biase kita rasakan...

Sedap jugak cornflakes ni bile dah disambalkan…bile mengunyah tu terasa2 juga masin2 cornflakes dan pedas…sesuai dibuat kudapan sesambil tengok TV tu kan…tak pon sebagai kuih raya nanti…lain dari yang lain sikit…agaknya la…sebab QH baru jumpa resepi macam ni…sebelum ni tak perasan la pulak…

Pada yang belum cuba tu…boleh la mencubanya pula yer…penyediaannya pon senang aje…ok pada CMG…QH mohon izin untuk share dan memanjangkan resepi ni di sini pula yer…jom tengok resepi…


CORNFLAKES BIJAN BERLADO

Bahan-Bahannya :-)

3 cawan cornflakes
2 camca besar bijan, goreng tanpa minyak hingga wangi dan sejukkan
4 camca besar penuh cili kisar (kalau nak lebihkan sikit pun boleh)
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca besar cuka makan (boleh ganti dengan 1 1/2 camca besar jus asam jawa)
Gula secukup rasa (dalam 2 - 3 camca besar)
Garam secukup rasa (jgn banyak2, cornflakes dah ada rasa masin2 sikit)
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :-)
1.     Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil.
2.  Masukkan secubit garam, gula dan cuka makan, kacau hingga pekat. Matikan api.
3.   Kemudian masukkan cornflakes, gaul rata.
4.  Masukkan bijan dan gaul lagi. Alih cornflakes dalam bekas dan biarkan sejuk.
5.   Masa panas ia sedikit lembut dan bila sejuk akan menjadi rangup.
6.   Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.


Share:

14 comments