BURGER SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Sebelum tu QH mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memberikan komen2 yang positif mengenai wajah baru blog Qasey Honey ni…terharu atas sokongan anda semua tu…rata2 mengatakan wajah baru blog ni lagi best la senang cakap…hehehe…jika terdapat lagi kelemahan2 yang lain mengenai blog ni…jangan segan yer untuk mengomen lagi…InsyaAllah ianya akan diperbaiki dari masa ke semasa…sebab kita sendiri tak akan nampak cacat celanya jika tak diberitahukan…pada kita dah cukup sempurna…tapi bile ade mata2 lain memandang lain pula presepsinye kan…cehhh ayat taknak kalah tu…cakap dah macam YB dah…hahaha….

Tapi betul QH amat berterima kasih sangat atas sokongan anda semua tu untuk memperbaiki lagi blog ni…tanpa kalian sape la QH ni…huhuhu…sila baca dalam mood sedih yer…huhuu…

Ok cukup2 la tu ehhh…jom kita bergembira balik dan ceria2 di hari Jumaat yang mulia ni…di penghulu segala hari…sebab ape kena gembira sebab hari ni merupakan hari terakhir untuk kita bekerja pada minggu ni…pastu esok kita boleh bersukaria di rumah…boleh pergi berjalan2 dengan keluarga untuk menghabiskan duit ke misalannya…hahaha…minggu gajikan minggu ni…yahuuuu…mesti ramai yang keluar untuk bershopping…mungkin ramai juga yang mengambil cuti pada hari Isnin nanti…sebab memandangkan pada hari Selasa tu nanti merupakan Cuti Umum sempena Hari Pekerja…alang2 1 hari aje lagi bekerja tu…baik la ambil cuti yer tak…dapat la 4 hari secara terus menerus…hehehe…

 
Kebetulan sekarang ni…kat PWTC sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012…yang bertemakan "Dunia Tanpa Sempadan"…tertarik sangat dengan tema pesta buku tahun ni…mane tidaknye…terus teringat blog CMG...Dapur Tanpa Sempadan…hehehe…

Jadi pada sesiapa yang berminat boleh la pergi ke sana yer bawa anak2 sekali…masa ni harga buku murah sedikit dari biase…QH pon bercadang macam na ke sana jugak besok…itu pon kalau terajin la…nak pergi masa lunch…nak borong buku resepi banyak2…hehehe…masa ni jugak la kalau nak membeli mane2 majalah yang terlepas keluarannya…QH suka pergi ke booth Karangkraf…banyak buku2, majalah dan novel2 yang QH suka…lagipon seperti kebiasaanya booth tu la yang paling besar kat pameran tu nanti…


Ok jom sekarang ni pula QH nak menjemput anda semua untuk menjamu mata dengan resepi QH kali ni…hehehe…jangan marah yer…resepi kali ni merupakan kuih kegemaran QH tau…pergi mane2 ker mesti kuih ni tak ketinggalan QH beli kalau jumpa la…kalau bulan puasa tu antara menu wajib la dan agak kerap jugak QH beli untuk berbuka…kalau nak buat memang tak berbaloi la masa tu sebab nak makan setakat seeping dua aje…hihihi…

Resepi ni QH ambil dari Noorsha@1001 cerita 1001 rasa…kuih ni projek QH dan hubby…tugas QH bahagian menguli doh…tapi tak uli guna tangan…menggunakan khidmat bibik robot QH tu…hubby pula bahagian masak sambalnye…hihihi…ade tugas masing2…burger ni buat pon dah tengah malam tau…tetiba teringin nak makan lak masa tu…bahan pon memang ade…cuma timun aje la yang takde stok…tapi tu tak menjejaskan langsung pon…hihihi…yang penting sambalnya dan doh tu yang penting…

Tapi hasilnye tak mengecewakan… memang sedap sangat…malam tu jugak QH siapkan…tak sabo nak merasa…tapi buat sikit aje la…yang lainnya sambung besok pagi…rasanya burger sambal yang paling sedap la yang pernah QH makan sebelum ni…rugi betul lambat jumpa dan cuba resepi ni…kalau tak percaya kena la cuba yer…pada Noorsha terima kasih yer sudi kongsikan resepi yang sedap ni…rajin2 la update blog lagi macam dulu ehhh…rindu la sama kamu…QH juga mohon untuk berkongsi dan memanjangkan resepi ni yer…jom tengok resepi…

 
 
RESEPI PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam

Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda. 
3. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama besar, leper²kan sket... 
4. habiskan membentuk  baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan. 
5. toskan dan biarkan sejuk sebentar.

 
Bahan² Untuk Sambal Tumis
*15 tangkai cili kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
 segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris 
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam

Cara² Penyediaan Sambal Tumis
1. Blend bahan bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.  
3. Masukkan juga ikan bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)

 
Bahan Pelengkap
Telur Rebus Secukupnya- hiris – QH guna telur dadar
atau timun secukupnya – hiris – QH xletak

Cara² Penyediaan Pau Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau yang siap digoreng.
2. sudukan sedikit sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan telur @ timun.
4. cover dengan belahan kedua. siap untuk dihidang.


Share:

31 comments