BLACKCURRANT PUNCH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Dah petang baru dapat nak bersiaran hari ni…hehehe…masih kat kampong lagi hari ni…jangan jeles yer…hihihi…panas betulkan cuaca hari ni…tadi tengah hari hujan sekejap…lepas tu panas balik sampai ke petang…bahang sangat terasa…bile cuaca panas macam ni sedapkan kalau dapat makan ABC…perghhh terasa2 dah kat tekak ni…sejuk aje bile masuk ke tekakkan…lagi2 kalau dapat makan ABC yang kat Kampong Melayu Majidi, Johor Bahru tu…terbayang2 terus rupa ABC tu…ABC kat situ memang terkenal la kalau kat Johor ni…tapi nak dapat makan ABC tu…kena tunggu dekat sejam baru sampai ke meja…punya la ramai yang beratur nak membelinya jugak…InsyaAllah kalau takde ape2 besok sampai la QH ke situ…kebetulan nak balik kampong atok belah hubby…jadi dapat la menyinggah ke sana…hehehe…


Jadi petang ni QH nak kongsikan menu minuman pulak…memang kena la sesangat dengan cuaca yang sebegini…tupon tak puas2 minum…cepat sangat2 terasa dahaganya…rasa macam nak terbang ke kutub sekejap untuk sejukkan badan…hahaha…

Untuk resepi kali QH ambil dari Majalah Rasa bulan Jun 2011…untuk edisi ni banyak jugak menu2 minuman yang sedap2…sangat simple aje resepinya dan mudah…bahan2nya pon senang didapati…yang penting tentu la sedapkan…

Ok la tak perlu bercerita panjan2 yer…jom kita tengok resepinya…sebab lepas ni QH nak menjenguk ke dapur anda semua pula…selamat mencuba…


BLACKCURRANT PUNCH
Sumber: Majalah Rasa Jun 2011

Bahan2
250ml air berkarbonat Sprite
65ml cordial blackcurrant
Buah longan secukupnya
Kuib ais secukupnya

Caranya
1.     Tuangkan air berkarbonat di dalam gelas dan masukkan kordial blackcurrant. Kacau rata.
2.  Akhir sekali masukkan buah longan dan kiub ais secukupnya.
3.   Sedia untuk diminum.


Share:

22 comments