STRAWBERRY SWISS ROLL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam manis penuh bergula juga dari QH...hehehe...bersua lagi kita pada hari ni...Jumaat hari tu QH tak dapat nak bersiaran seperti biasa sebab QH menghadiri Mesyuarat Tahunan Puspanita Kementerian Pertahanan...AJK tu tak lah...QH ni ahli biase aje...tips untuk mengelak dari buat kerja la tu...hahaha...bukan ape bile ade aktiviti2 macam ni la baru berpeluang bersua muka dan berlaga2 pipi dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa...masa ni la juga la kalau nak melaram bagai bile dah semua kaum wanita sahajakan berkumpul...jadi faham2 saje la yer...macam2 fesyen dapat tengok...memasing tak nak kalah...QH??? termasuk la dalam golongan tersebut...hahaha...

Kat KL pon cuti hujung minggu lepas banyak jugak event...MATTA Fair dan Hot Ballon Putrajaya...tapi QH tak pergi pon kedua2 event tu...sebab dah boleh membayangkan betapa akan ade kesesakan di situ...pada sesiapa yang pergi tu mesti best dan meriahkan...tahun lepas QH dah pergi...tahun depan pula la baru terasa nak ke situ...tupon kalau diberi keizinan dan dipanjang usia oleh Allah SWT...InsyaAllah...


Kali nak kongsikan resepi Strawberry Swiss Roll la pula...resepi ni dari blog Resepi Citarasawan...mesti ade yang dah berkenan tu kan bile tengok gambar tu semua...macam tu jugak la yang terjadi pada QH sebelum ni...tak sabo rasanya nak mencuba bile Kak Wan menayang swiss roll ni tempoh hari...terus jatuh cinta pandang pertama...tapi sebelum tu masih lagi ragu2 nak mencuba...boleh ker QH buat swiss roll tu sesempurna macam mane yang Kak Wan tu buat...hasilnya sangat kemas dan molek sungguh kejadiannya...sebab QH ni kalau buat sesuatu tu mudah sangat la nak jemunya...tu yang kadang2 hasil tak berapa nak senonoh...asal jadi sudah...

Cara penyediaan swiss roll ni agak mudah juga rupanya bile kita dah mencuba...walaupon agak suspen jugak...lagi2 bile nak melukis buah strawberry tu...mengigil2 jugak la tangan ni...almaklum la tak berapa nak berseni lagi...bab melukis ni memang gagal sikit...tapi ok juga la hasil lukisan tu...nampak juga la bentuk buah strawberry syok sendiri...hehehe...


Untuk swiss roll ni QH gunakan filing jem strawberry yang ade buahnya sekali tu aje...senangkan...kat kedai bakery banyak dan senang nak dapat filing jenis macam tu...whip topping cream tu ade stok kat umah tapi tu lah...malas la pula nak memutarnya...tengok kan dah cakap tadikan...hihihi

Pada Kak Wan...QH mohon untuk share resepi yang cun melecun ni di sini pula yer...semoga anda yang lain...yang belum mencuba tu boleh la turut sama untuk membuat swiss roll ni...kek ni memang sedap, lembut dan gebuuuuu...jom tengok resepi itu...kalau nak tengok step by step dengan lebih terperinci lagi sila klik SINI yer...


Strawberry Swiss Roll

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
Buah Strawberry secukupnya
Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
coklat emulco dan lidi 
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)


Cara-cara :
1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit.  Angkat dan ketepikan.
5.  Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.   Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.  Keluarkan kertas alas bawahnya.  Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas.  Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
7.  Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.
8.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.





Tags:

Share:

32 comments