SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dup dap dup dap jantung QH dibuatnya petang semalam...hampir menitiskan airmata...otak pon jadi beku sekejap...petang lepas balik kerja...lepas dah rehat sebentar...QH nak menjenguk la blog sebentar macam biase....tetiba perkataan yang keluar "Sorry, the blog at qaseyhoney.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs."

Terkedu seketika...dugaan ape lak ni...dah la QH dah lama tak backup enrti2 yang ade ni...lepas tu apalagi berkali2 juga QH cuba membukanya...taip balik URL blog QH ni pon tetap tak mahu...QH tenangkan diri dulu...lepas maghrib QH cuba lagi tetap tak boleh...langkah terakhir QH report kat GOOGLE dan ikut segala langkah yang diberikan...QH tutup balik lappy dan on balik...alhamdulillah tarik nafas panjang QH lepas tu...blog QASEY HONEY boleh dibuka seperti biase...kalau blog ni takde lagi...tak tahu la macam mane QH nak lalui hari mendatang seperti biase...sebab QH sayang...terlalu sayang pada bloh QASEY HONEY...sebab dari blog masak2 ni la QH belajar memasak dan mencuba perlbagai menu...


Bile dah duduk berehat2 tu...QH terfikir...agaknya ni la perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh blogger2 lain ketika blog bermasalah tak boleh dibuka...baru QH tahu macam mane rasanya...tak boleh nak diluahkan melalui kata2...seram sejuk rasanya badan ni petang semalam...ape yang penting kita kena berfikiran positif...setiap masalah mestiade jalan penyelesaianya...jangan mudah panik...walaupon itu lumrah sebenarnya kita sebagai manusia...lepas ni QH kena rajin2 untuk backup entri2 yang ade ni untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi...sekurang2nya bile ade backup ni...boleh la kita publish lagi entri tu semua...cuma yang akan kehilangan ade la kawan dan para follower yang ade di alam maya ni...bukan senang nak melalui itu semua...

Ok la kita tinggalkan episode sedih tu...tak mahu dikenang walaupon ianya masih terbayang2 didepan mata...



Hari ni QH nk kongsikan resepi Sambal Serai Wangi Bebola Ayam...resepi ni QH ambil dari Kak Ayu@Curlybabe Satisfaction...resepi ni sedap sebab ade aroma daun limau purut dan serai...rasanya agak pedas sedikit...kalau sesiap tak tahan pedas tu boleh la kurangkan sedikit kuantiti lada kering tu atau tak payah letak cili padi...

Pada Kak Ayu..QH mohon untuk letak resepi ni di sini yea...jom ke bawah tengok resepinya...


SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM

Bahan-bahan kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam) – boleh dikurang jika xsuka pedas
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (dihiris kasar)-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan lain :
  • 20 biji bebola ayam
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara-cara :
1.     Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
2.  Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
3.   Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
4.  Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.







Tags:

Share:

6 comments