RENDANG SOTONG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ape khabar semua??? Hari ni takde bebelan dari QH seperti biase...kita terus ke resepi aje la yer...

Kali ni QH nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap...memang sedap...sangat kena dengan selera QH...resepi yang QH maksudkan tu...Rendang Sotong...macam pelik sikitkan...biase kita biase dengar dan makan rendang ayam la, daging atau kerangkan...rendang sotong baru pertama kali QH tengok...tu yang membuatkan QH teruja nak mencuba...  

Resepi ni QH ambil dari blog AdyGreatsword Empire Kitchen Recipes...walaupon banyak bahan yang digunakan tapi cara penyediaan sangat senang...masak rendang memang banyak bahan2...tu yang menyedapkan...

Memang puas hati la mencuba resepi ni...berbaloi2...pada Ady...QH mohon untuk share resepi ni pula yer...jom la tengok resepi dan bahan2nya...


Rendang Sotong

BAHAH-BAHANNYA :
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :
1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...




Share:

10 comments