MIHUN GORENG STAIL CMG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat pagi kepada semua pengunjung yang masih setia menjenguk dan meninggalkan komen di dapur QH ni...

Diharap anda semua tidak jemu2 untuk singgah lagi ke dapur QH ni...segala coretan dan karya dari QH jika ade yang terkurang dan terlebih tu minta dimaafkan yer...kadang2 kita tak perasan yang hasil penulisan kita tu akan menguriskan hati sesetengah pihak kan...sebagai manusia kita tak terlepas dari berbuat silap...walaupon sudah sebaik-baiknya untuk dielak tapi tetap ade juga sedikit kesilapan yang kita tak duga dan terlepas pandang......



Ok kali ni QH nak kongsikan resepi Mihun Goreng pula...sebenarnya kadang2 confuse jugak dengan ejaan untuk MIHUN ni...ade yang mengeja macam ni...Mee Hoon, bihun dan mihun kan...tapi tu semua adelah benda yang sama...tak tahu mane satu ejaan sebenarnyakan...(macam baru nak belajar mengeja aje QH ni)...hihihi...takpe itu kita selesaikan kemudian yer...

Dihari tayangan mihun goreng ni oleh CMG...bukan CMG  aje yang mengidam...QH yang menengoknya dengan tidak semena2 pon terikut sama...cuti hujung minggu hari tu terus QH merealisasikannya...hahaha...

Resepi ni mihun goreng ni QH ambil dari Dapur Tanpa Sempadan...tu yang QH namakan Mihun Goreng stail CMG...hehehe...sebab takde nama khas untuk menu ni...



Macam mane pon menu ni memang sedap tau...kalau boleh satu kuali QH nak habiskan...hahaha...tamak sungguhkan...tak senonoh langsung buat perangai macam tu...hikhik...

Pada CMG...QH mohon untuk share resepi yang sedap ni di blog ni pula yer...terima kasih bebanyak...ok jom tengok resepinya pula dan selamat mencuba pula yer...


MIHUN GORENG STAIL DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam dalam air sejuk 30 minit dan toskan
2 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
Garam secukup rasa
1/2 cawan isi udang
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
6 pokok sawi bok choy, cuci, asingkan daun dan tangkai, siang berasingan – QH guna sawi biase tu aje
1/2 cekak kuchai, kerat pendek
2 biji telur dibuat telur hancur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
Sedikit ikan bilis, bersihkan, rendam dan toskan


CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tumis hingga garing.

2.  Masukkn udang, tauhu dan batang sawi, kacau rata dan tuang air. Masukkan garam secukup rasa.

3.   Tambah telur hancur dan mi hoon, gaul rata hingga mi lembut dan kering sedikit. Tambah daun sawi dan kuchai, gaul rata.

4.  Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba..



Tags:

Share:

18 comments