KEK CHIFFON 3 RASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Sebelum terlupa...QH nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita2 tak kira dimana kamu berada...

Sekadar ingin berkongsi cerita...
Pagi ni merupakan hari penuh debaran kepada semua penjawat awam...hari yang dinanti2kan sejak SPBA diumumkan pada Disember 2011 yang lalu...tak kira peringkat lapisan kumpulan dan jawatan...semua menantikan benda yang sama...

QH sendiri pon berdebar2...tentu kawan2 yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pon samakan...hehehe... dan sekarang ni rata2 PA yang lain memperkatakan benda yang sama sekarang ni kan...QH rasa dikalangan blogger masakan ni...ramai kot PA sama macam QH ni...jadi sama2 la kita merasainya yer...

Pengumuman penting ini akan diumumkan oleh PM kita iaitu YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak...yang berlintas langsung oleh TV1 dari PICC Putrajaya...mudah-mudahan ape yang diumumkan oleh PM kita tu nanti merupakan berita gembira seperti yang diwar2kan sebelum ni...


Ok la untuk cerita seterusnya besok kita sambung yer...ke berbalik pada asal dulu iaitu masak2 dan resepi...hahaha

Hari ni QH nak kongsikan resepi kek Chiffon lagi...kali ni QH warna2kan dan perasakan dengan pelbagai rasa...ok la tu kan...kebetulan hari ni berlaku pelbagai peristiwa2 penting yang penuh berwarna warni...kena la tu tema kita pada hari ni...tapi nak khas kan kek yang tak seberapa ni sempena dengan HARI WANITA SEDUNIA...tengok betapa bersemangatnya QH...hahaha...tak rupa kek ni tak la semenggah yang mane...rupa tu ade cacat sikit...kalau tengok betul2 gambar2 yang ade ni...akan ternampak la sikit kehangusan kat atas permukaan kek ni...tapi bernasib baik sebab tak menjejaskan rasanya tu...mantain sedap yer...hihihi


Resepi ni QH ambil dari FB Jom Masak...banyak juga resepi yang simple dan berkemampuan untuk dibuat terdapat di album FB Jom Masak tu...ilham nak buat belang2 ni pon selepas QH tengok gambar yang ditag ke FB Jom Masak tu...tak maaf la...QH tak ingat la pula sape gerangannya tu...berkenan sangat tengok kek tu bile dah dijadikan berwarna warni macam tu...resepi asal kek chiffon ni...kek chiffon oren tapi QH dah ubah sikit...QH buat 3 rasa...blueberry, strawberry dan oren...semasa proses pembakaran kek ni...terbau2 3 rasa tu...wangi semerbak satu dapur...membuatkan tak sabo nak merasa...kek ni pon lembut aje bile kita pegang...macam span...

Ok la tanpa membuang masa...jom la kita tengok resepi ni...


Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber: FB Jom Masak

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren - 

1 st pes oren
1tbsp strawberry emulco + pewarna pink
1tbsp blueberry paste + pewarna purple
1tbsp oren paste + pewarna oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar


Cara:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan
serbuk krim tartar.Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan
tinggi selama lebih kurang 7 minit.Apabila adunan ini dicolek dengan
jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan gaulkan.Kemudian masukkan
1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih te
lur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris
atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada
suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.


Tags:

Share:

22 comments