KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni QH tak boleh nak berceloteh pepanjang macam biase...huhuhu...banyak kerja yang perlu dibereskan...QH tinggal seseorang saje kat pejabat bahagian QH ni...yang lain bercuti sempena cuti sekolah ni kan...

Ok...resepi kali ni Kari Ikan Bawal Hitam Stail India...resepi ni QH ambil dari blog Kak Jee...Dunia Dari Dapur Kak Jee...semua bahan2 dibawah QH dah gandakan sebab masak untuk 2 ekor ikan...dan QH buat agak pekat sedikit kuahnya...memang suka yang macam tu...resepi asal boleh lihat di SINI yer...pada Kak Jee...QH mohon untuk letakkan resepi ni di sini yer...

Jom tengok resepi.......


KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA

BAHAN2:
2 ekor ikan bawal hitam (dibersihkan dan rendam seketika dalam air asam jawa)
1 cawan rempah kari Babas
3 sudu besar serbuk cili babas (atau cili kering kisar pun boleh)
2 sudu kecik rempah menumis
2 inci halia* – QH tambah
1 batang serai* – QH tambah
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih* (*yang ni QH kisar)
1 cawan santan
bendi (ikut suka banyak mana)
1 tangkai daun kari (kalau ada)
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya


CARA:
Bersih ikan, potong ikut suka. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, daun kari dan rempah tumis hingga wangi.


Masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili dan kacau2 seketika hingga terbit minyak. Guna api perlahan.


Pastu masukkan kira-kira 1 cawan air. Kacau pantas dan  biarkan rempah hingga betul2 masak. Kalau terlalu kering, tambah air lagi. Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap.


Kemudian masukkan santan. Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan tunggu hingga mendidih lagi lepas itu masukkan bendi.


Hujung bendi (tip) jangan dipotong nanti keluar lendirnya. Bahagian pangkalnya pun Kjee potong sedikit sahaja dan tidak kena pada badannya.


Masak lagi hingga bendi agak lembut baru masukkan air asam jawa (kira-kira ½ cawan).


Rasa, dan biarkan mendidih sepenuhnya, periksa samada ikan sudah cukup masak, kemudian padam api. Boleh diganti santan dengan susu segar/cair.



Tags:

Share:

16 comments