CHOCOLATE MACARONS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk kembali bersiaran pada hari ni...

Hari ni QH nak kongsikan pula pengalaman dan resepi Chocolate Macarons pula yer...ini merupakan kali kedua QH membuat macaron ni...kali pertama QH buat boleh lihat di SINI yer...disebabkan konon2 kali pertama buat tu menjadi...so untuk kali kedua ni agak OVER confident la kali ni pon akan menjadi jugak...hehehe...semua tahukan buat macaron ni memang agak rumit dan mencabar sikit...tapi agak hampeh tidak seperti yang diharapkan...mungkin sebab terlalu OVER...tu la jadinya...padan muka sendiri...

Memula tu memang tak perasan lagi yang macaron QH ni ade cacat sikit...bile nak letak filing tu yang baru nampak kelainannya...kelainannya macaron yang QH buat ni TAK BERKAKI...entah kat mane la dia menyorok ekkk...hahaha...tak tahu la dimana silapnya...rupanya dah ade...molek aje kalau kita tengok...sebab macaron yang sempurna mesti la nampak kaki2nya tu...tu la cabaran kalau buat macaron ni...tapi takpe janji rasanya tetap sedap dan manis...


Walaupon rasa macaron ni manis...tapi kita tetap juga nak buatkan...mungkin rupanya yang comel tu kot dan ade macam2 color...tu yang buat kita terpengaruhkan...

Resepi macaron coklat ni QH ambil dari blog BileChah Ke Dapur...untuk filing pula QH ade ubah sikit dari resepi asal coklat ganache tu...QH menggunakan pink coklat ganache...QH guna pink coklat yang ditambah dengan strawberry emulco...pink coklat ganache ni QH buat awal sehari...baru la sedap bile bahan2 tu dah sebati...pada sesiapa yang lebih gemar menggunakan coklat ganache resepi boleh lihat di SINI yer...

Pada Chah...QH mohon untuk share resepi macaron ni yer...jom tengok resepi ni....


CHOCOLATE MACARONS

Bahan-bahan:
70 gram serbuk almond (saya jemur tengah  panas untuk pastikan betul-betul kering)* dikisar halus –jika guna food processor alangkah baiknya kan!
10 gram serbuk koko
140 gram gula icing
80 gram putih telur (room temp)
65 gram gula halus

Cara-cara:
1.      Ayak gula icing dengan serbuk koko. Masukkan  serbuk  badam, gaul sekata dan ketepikan. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, masukkan gula halus dan pukul lagi hingga adunan menjadi glossy dan soft peak*
* jika kita gunakan stand mixer, cabut beater-celup dalam adunan dan bila diangkat akan kelihatan bertanduk
*Jika menggunakan hand mixer, cuba terbalikkan mangkuk, adunan stay dan buih-buihnya sangat halus dan glossy.Bahagian ini akan menentukan adunan kita licin dan macaron kita akan membentuk kaki yang sempurna.
2.     Masukkan campuran serbuk badam tadi (3 kali) dan gaul secara kaup balik dengan spatula. Semasa proses ini, adunan yang ok akan berkilat dan licin. Sila cuba jatuhkan adunan ke dalam mangkuk dan ianya akan membentuk simpulan riben yang besar.
3.     Panaskan oven 20 minit lebih awal.
4.     Sediakan tray yang dilapik dengan silpad/parchment  paper. Masukkan dalam piping bag, dan pipekan mengikut template atau saiz  yang dikehendaki.  Rehatkan adunan kira-kira 30 minit. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150 deg C.
5.     Sandwichkan dengan filling kesukaan. Saya pencinta dan penggemar tegar coklat, jadi apa lagi, pilihan saya sudah tentulah chocolate ganache. QH guna pink coklat ganache.


PINK CHOCOLATE GANACHE

Bahan2
250 gm whipping cream
325 gm coklat masakkan
1 tbsp strawberry emulco


Caranya
Potong coklat menjadi kepingan kecil. Masak whipping cream hingga didih. Tutup api, masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan tambahkan strawberry emulco.
Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti ais sejukkan selama 1 jam atau hingga coklat keras. Selepas itu dah boleh digunakan.


Share:

12 comments