AYAM PANGGANG ROSEMARY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salam ceria semanis gula dari QH kepada semua...sekejap betul masa berlalu sekarang ni kan...pejam celik pejam celik bertemu kembali hari Jumaat yang penuh barakah ni...penghulu segala hari...besok kita semua kembali juga bercuti hujung minggu...kemane agaknya hala tuju untuk kita bersiar2 esok yerkk...QH??? macam2 dah dirancang untuk esok dan hari Ahad nanti...penuh jadual untuk 2hari tu...hehehe...

Hari ni pon kena update blog laju2 lagi...sebab kejap lagi pukul 11.00 pagi ni nanti kat opis QH ni ade kuliah agama pula...memang setiap Jumaat kat opis QH ni ade kuliah...kecuali kalau ustaz ade hal lain...macam2 ade kat opis QH ni...hehehe...tak payah dicari semua ade depan mata...yang berniaga dalam opis ni pon ade juga...kadang2 tu kat dalam opis ni aje boleh berhabis juga duit belanja...hahaha...belum keluar lagi tu...kalau dah keluar lain pula halnya...bile la nak insaf simpan duit banyak2..hehehe

tapi dah rancang dah...lepas kuliah ni nanti nak keluar lak jalan2 dengan kengkawan... hari ni kan waktu lunch tu panjang sikit dari biase...boleh la isi masa tu dengan bershopping atau membelek2 barang...hehehe...itu la kerja orang pompuan yang lelaki tak suka...hihihi...


Ok la...tadi kata nak kena update laju2 tapi panjang pula membebelnya...hikhik...macam biase hari ni nak berkongsi lagi resepi yang telah dicuba oleh QH...resepi kali ni Ayam Panggang Rosemary pula...kan QH dah cakap semalam...resepi ni QH kategorikan sesuai untuk dibuat sebagai menu untuk berdiet...sebab cara memasak memanggang...jadi memang tak menggunakan minyak la kan...QH suka menu ni...aromanya semasa proses memanggang tu semerbak baunya...sangat senang proses penyediaannya...

Resepi ni QH ambil dari blog K.Nor@Secubit Garam...ramai juga yang dah mencuba resepi ni...macam2 versi bahan2nya...QH buat ikut cara K.Nor dan ade yang dah diubah sedikit...tu semua bergantung pada selera masing2 la...jom la tengok resepinya tu...pada K.Nor...QH mohon untuk share resepi ni di sini pula yer...


AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber :
Wana & Ibundo
sumber : K.Nor@Secubit Garam

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik QH xletak
6 biji baby carot – QH xletak
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambahQh letak serbuk Paprika


Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.



Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Tags:

Share:

28 comments